Assalamualaikum...
Hari Sabtu bersamaan 24 Jan 2015, adik aku telah melangsungkan majlis pertunangan bersama pilihan hatinya bernama Nazrul Faeez Bin Nazeri. Setelah 8 tahun berkawan akhirnya dorang bersepakat mengikat tali pertunangan selama setahun hidup..maksudnya jika dorang nak percepatkan atau perlambatkan tarikh pernikahan mereka dibolehkan la..sebab tempoh tu tak tetap atau mati dalam bahasa kasarnya..
Hari Jumaat petang lepas habis waktu kerja, aku ngan suami bertolak pulang ke Selancar 4 dan sampai kampung dalam pukul 8.30 ke pukul 9.00 malam macam tu, aku pun tak hengat..hehe..
Bila balik kampung ni, biasa lah, soalan cepu emas yang aku harus hadapi dan jawab dengan muka senyuman sehabis manis iaitu "ina dah ade anak ke belum", "bila nak ada anak", "dah 2 tahun kan kahwin", bla bla bla.. Aku pun jawab, "makcik doakan la ye".."ni makcik doakan lah ni" aku pun "Aaminn"..
Tak lame pastu pulak, tengah aku pegang anak ke dua along; baby adzfar umur 7 bulan, dengar pulak suara makcik2 "tu anak dia ke". Makcik sorang lagi jawab "ehh..tu anak ke dua abang dia yang baru lahir tuuu". Aku pun wat muka senyum paaalingg manis lagi.. Dah stop di situ, malas nak pikir banyak. Nanti aura positif aku lari..hehehe..
dalam hati "aku redha,bukan aku yang cipta baby tu, tapi Allah S.W.T. Yang Maha Berkuasa"
Nah saksikan gambar-gambar we'olls yang posing bajek mengalahkan retis dan model..kahkahkah
 |
family abang aku |
 |
ni la anak abang aku yang aku citer tu..comel macam mak ngahnyer kann ;) |
 |
bapak aku yang serius memikirkan anaknya yang bakal diambil orang.kikih |
 |
hahh,macam raikan cinta kat astro tuh katernya.amik ler amikk..hihi |
Opps,lupa lak nak citer. Adik aku ni ambil juru makeup artis atau MUA dengan orang yang sama masa aku bersanding dulu..
tengok kat sini Masa mula2 akak ni masuk dalam rumah dan tengok adik aku, dia cakap "eh,macam pernah tengok la"..hehe..memang la, sebab dia pernah datang makeup kan aku dulu...
Nama dia kak Fazleen. Make up dia memang tip top lah. Tak rugi ambil makeup ngan akak manjer ni. Memang puas hati sangat. Sesiapa yang tinggal area Segamat, Muadzam Shah, Felda Selancar, Felda Keratong atau Rompin atau sekitarnya boleh la amik ngan akak ni. Korang takkan menyesal. Malah akak ni juga boleh pergi ke seluruh Malaysia di atas permintaan korang la.
Kalau korang nak, korang kena booking awal-awal dengan akak ni sebab selalunya jadual dia penuh, lagi-lagi musim cuti sekolah.. Jadi, kalau korang nak amik makeup ngan dia boleh la PM dia terus kat Facebook dia
kat sini . Yang penting akak ni tak sombong ;)
 |
family sebelah nazrul, yang baju ijo tu mak aku menyelit di situ |
 |
mama kuasa 2 |
 |
dengan botakk..haha |
 |
abah kuasa 2 |
 |
aku lah fotografer free mereka :p |
:))