Showing posts with label poliklinik beserah. Show all posts
Showing posts with label poliklinik beserah. Show all posts

Wednesday, April 29, 2015

1st appointment di Poliklinik Beserah

Assalamualaikum..

02.04.2015
Kalau ikutkan temujanji aku pukul 2.30 petang, tapi aku terlewat 15minit. Nasib baik doktor tak marah. Sempat jugak la minta maaf takut doktor tunggu lama kan. Hehe..
Adik aku la lewat bas nya.. huhu.. Kalau ikutkan bas dia pukul 1.30 petang, tapi sampai pukul 2.30 pun bas tak sampai-sampai. Jadi terpaksa la aku tinggalkan adik aku di situ tunggu bas seorang diri.. Kesian dia.

Sebenarnya harini aku sengaja ambil cuti, sebab pagi tu comi nak set appointment untuk operation buang besi dalam peha dia tu. Pas tu dah alang-alang cuti aku suruh adik aku datang Kuantan terus, Sebab dia nak ambil sijil berhenti belajar kat KPTM. Dah alang-alang aku cuti, boleh la aku hantar dia..

Temujanji dengan doktor kali ni dia tak check banyak pun. Lebih kepada soal siasat aku ngan comi je. Doktor cuma scan perut aku je...tengok kedudukan rahim. Katanya ok, tapi tu cuma tengok dari luaran je, belum vaginal scan lagi... Doktor suruh aku turunkan berat sebab BMI aku dah overweight.huhu.. Doktor paksa aku pilih dan berjanji dengan dia waktu next appointment nanti aku nak turun 4kg atau 8kg..Opkos la aku amik 4kg jer.hehe.. Tapi pada waktu aku taip post ini, berat aku tak turun-turun dari haritu sedangkan dah 4minggu kot. Hadoiilaa... Mampu ke aku turun 4kg tu...

Doktor tetapkan next appointment aku ialah pada 04.06.2015.. Pada 17.04.2015 (cd21) aku kena datang untuk buat ujian darah dan suami aku buat sperm test pada 06.04.2015.



#17.04.2015 - ujian darah DONE. Keputusan dapat tau masa temujanji dengan doktor pada 04.06.2015 nanti.

#06.04.2015 - sperm test comi di POSTPONE kepada 30.04.2015 atas sebab-sebab yang tak dapat dielakkan.hihi

Friday, March 6, 2015

Set appointment O&G di poliklinik Beserah

Assalamualaikum..

Alhamdulillah.. Syukur ke hadrat Ilahi..

Hari Isnin; 2 Mac yang lalu, pada asalnya aku ngan suami pergi ke poliklinik beserah untuk dapatkan surat rujukan ke Hospital Tengku Ampuan Afzan untuk proses aku berjumpa dengan pakar gynea. Tapi rezeki aku, rupa2nya di poliklinik tersebut juga ada buat rawatan untuk infertility.. Alhamdulillah..

sumber google
Mulanya doktor cakap perkahwinan aku masih baru dengan umur aku yang baru 27 tahun kalau ikut bulan kelahiran aku. Tapi aku cakap jugak aku dah kahwin almost 3 years, takkan nak tunggu sampai tua baru jumpa doktor. Akhirnya doktor tu cakap "i tanya dulu doktor kat bilik sebelah".. Baru aku tahu, rupanya klinik ni juga ada buat rawatan tersebut.

Tak lama menunggu doktor datang balik dan bawa surat appointment, tapi dia tak dapat bagi lagi tarikh sebenar disebabkan pegawai yang menguruskan proses tersebut bercuti. Jadi nurse suruh aku tunggu esok samada nurse akan telefon aku untuk bagitau tarikh. Jika tiada, dia suruh aku telefon sendiri tanya semula. Nombor yang dia bekalkan ialah nombor telefon bimbit pegawai tersebut. Jadi, fikirku lebih mudah urusan aku nanti.

Keesokannya aku dapat "misscall" dari klinik. Aku tak sempat angkat sebab masa tu aku tengah busy dengan urusan kerja. Lepas tu aku telefon semula berpandukan nombor yang diberi oleh nurse semalam. Aku agak nurse atau pegawai bahagia O&G yang angkat, tapi akak tu sangat baik. Nama dia kak Zaina.. Dia bagi tarikh first appointment aku pada 2 April 2014 dan dikehendaki datang bersama suami. Alhamdulillah.., tak perlu la tunggu sampai 6 bulan untuk appointment. Tapi tak tahu lah kan kalau ni sebab appointment pertama. Aku harapkan urusan aku dipermudahkan oleh Allah S.W.T..

Kalau ada rezeki aku akan update untuk appoinment aku tu nanti. Doa2kan la ye.

Stay tuned..