Assalamualaikum..
Make up masa majlis sanding haritu ramai yang puji sebab muka naik seri pengantin. Ramai yang bertanya siapa juru make up aku. So di sini aku ingin menulis entry pasal juru makeup aku.. (xdapat komisen pun ea =))
Masa sanding aritu aku di makeup kan oleh
Kak Fazleen Manjer
 |
di awal makeup ;) |
Sebelum aku nak kawen lagi aku dah tercari2 juru make up yang akan make up kan aku di hari kahwin aku nanti. Belum bertunang lagi aku dah tanya
pak cik google.. terlebih semangat kau!
Mana tak nya. Aku risau kalau2 muka aku jadi hantu cina masa kahwin nanti. Tak ke laki aku y lari dulu. Haha.. Almaklumlah, disebabkan muka aku y ter'lebih' cantik ni dan dengan kawah2 nya yang banyak mengalahkan bulan di angkasa, terpaksa lah aku cerewet dan ambil perhatian lebih bab2 make up ni.. =)
Dok mencari2 tu, akhirnya
pak cik google telah menemukan aku dengan tuan empunya facebook Fazleen Manjer. Aku add dia as friend dan bermula lah sesi interview aku dengan beliau. hehe...
biasa la beb.kena tnye bajet.hihik
Aku memang sangat berpuas hati dengan make up sanding tu, walaupun masa yang sangat singkat untuk make up sebab majlis khatam Al-Quran mula lambat. Kak Fazleen start make up aku pun dah hampir pukul 11 pagi. Pukul 12 lebih dah nak siap make up. Kalau sesetengah juru make up ada yang makan masa sampai 2 jam juga untuk make up sahaja.
Memang 'unbelievable' dalam masa sejam lebih tu aku dah siap makeup dan berpakaian pengantin lengkap semua. Makeup memang TERBAEKK la.. ;))
Kak Fazleen ni juga boleh pakai kan samping untuk pengantin lelaki. Terkocoh2 lah dia lepas siapkan aku, pergi pulak menyiapkan pengantin lelaki. Memang berterima kasih sangat2 kat Kak Fazleen.. Aku bayar hanya harga untuk make up aku, tapi dia boleh bertoleransi untuk menyiapkan pengantin lelaki juga.. Love u so much lah kak! =)
Sesiapa yang nak berkahwin dan rasa takut2 muka korang macam hantu cina tu, korang ambil lah kak fazleen sebagai juru make up korang. Pasti korang rasa sangat berpuas hati dengan hasilnya. Untuk pengetahuan, kak Fazleen juga merupakan juru make up artis =)
Contoh yang lain blh tngok
di sini
thanks sudi bace ;)