Friday, February 22, 2013

Kesinambungan kebosanan tahap melampau

Semalam,elok je lpas aku post entry y aku bosan tu aku g ler basuh beras.kekonon nk masak nasi la..pkul 10 mlm giler ape bru nk msk.aku peduli hape.perut aku dah lapau giler.menjerit2..ntah ape y ade dalam perut aku tu pun aku tak tau..ada baby kut.xixixi..hah,berangan jelah kau mak cik!

dok aku khusyuk membasuh beras,meneliti,mbuang kutu2 beras..(kot yela ada tertinggal aku xnampak kan :p)..tetibe,,,,pap! blackout!!terpaku aku sbntar dgn keadaan y gelap gelita..time ni tbayang la mcm2 cerita2 seram y menjadi kegemaran aku dulu. Keluar satu persatu kt bola mata aku.mcm tgok wayang kt ecm lak..dah la mlm ni mlm jumaat.aku sorang plak tu..jeng jeng jenggg..



bagaikn baru tersedar dari mimpi,aku terfikir tochlight..makk,mane ade torchlight.lilin pun xde..aku teringat hfon aku letak kat depan tv. meraba la aku dlm gelap tu..time ni aku terfikir,beginilah rupanya keadaan orang y cacat penglihatan..Subhanallah..sblm ni aku sering merungut aku tidak secantik kawan2ku y lain kerana kulitku y gelap..sepatutnya aku bersyukur kerana aku dilahirkan di atas dunia ini dengan begitu cukup sifatnya..Alhamdulillah..

Dalam kegelapan tu akhirnya aku bjaya mendapatkan hfon aku. Nasib baik hfon lama ku ini ada torchlight. Bguna juga hfon ni wpun tiada apps android n wifi..huhu..

Aku suluh di luar kawasan perumahan hostel aku.memang gelap gelita..
Bagaikan mengetahui apa y aku sedang alami (perh,ayat blh wat novel ;p), hubby ku telefon. Aku beritahu dia y rumah aku blackout. Mungkin dia dengar suara aku y menggigil tu,dia suruh aku balik ke kuantan.

Lepas,letak panggilan telefon,aku terus mengambil beg, sarung tdung, dan terus start enjin kereta. Beras y tak jadi nak masak td aku terpaksa buang. Rasa bsalah pula. Kalau bagi kat Ghaza ni, tentu mereka brsyukur. Tapi apakan daya aku. Kt hostel aku ni tiada peti ais. Kalau aku simpan pun, pasti rosak dan berulat..maafkan aku,beras..huhu ;(

Smpai kat kuantan pkul 11.30 malam..hubby aku dah tunggu di depan rumah. Dia juga belikan aku nasi putih dan tomyam ayam..Terima kasih abang ;))

Makanlah aku dengan bseleranya (macam seminggu tak makan ;p), lepas tu tidur dalam kekenyangan..huaaa gemokkk!!!

Sekianlah al kisah cerita seram aku y tak berapa nak seram..xixixi..

Thankz kepada sesiapa yang tetiba terbaca entry ni secara tak sengaja =)

Thursday, February 21, 2013

Kebosanan tahap melampau

selamat malam semua..waduh2,mlm ni tahap kebosanan aku y sgt melampau.dah tahap bosan dewa ke beratus ribu dah..mak aih,perumpamaan xagak2..xixi..

kiutnyer baby nih..agak2 anak aku comey mcm ni x =)

arini tpaksa blik hostel sbb hubby kesayanganku kerja petang balik malam..lgpun pjalanan gambang-kuantan bknnye dkat mbak.wpun xmakan smpai sehari,tp cam rugi minyak kereta je..kesian lah my black-visagi nanti..berkiranya haku..yelahh,ujung2 bln mcm ni tpaksala mak berkira nok..

mlm2 ni dok sensorang lapau la plak.teringin nk makan nasi panas lauk smbal ikan bilis.melampau kau nok,tgh2 mlm ni dah pkul 10 lbh dah.kang gemok,kau jgak y bising..haishh..

Ape lah y aku dok mencarut malam2 buta ni.ish3(smbil mgeleng2kn kepala)..ok la,bosan,nak tdo!adios..


Selamat malam semua..semoga semuanye bmimpi indah2 belaka..cewahh..xixixi..