Tuesday, February 19, 2013

Headache~

Assalamualaikum w.b.t..

Sejak akhir2 ni kepala aku selalu je sakit..xtahu la kenapa..lepas makan ubat,baik la sekejap,lepas tu sakit semula..rasa takut pulak bila fikir macam2 kemungkinan..nak g jumpa doktor rasa takut pulak..
Pastu kenkadang tu rasa loya2 je tekak, perut pun sama asyik lapar je. Makan pagi pkul 9, pukul 10 lebih dah lapar semula.. mengandungkah aku?? memang aku ngan hubby mengharapkannya, tapi selepas last month aku ingatkan mengandung, tapi rupanya tak, rasa kecewa sangat.. Jadi bulan ni taknak letakkan apa2 harapan pun. tapi dalam masa yang sama, aku berdoa kepada Allah S.W.T. supaya kami dikurniakan zuriat tanda cinta hati aku dan suamiku..

Sebetulnya sakit kepala ni sedikit sebanyak menganggu juga aku punya kerja. Yelah, klu sakit ,siapa pun xblh fokus buat kerja..

baby comel ni pun sakit kepala jugak ke? =p


Nak kata di sebabkan aku ni selesema, xkan la efectnye sampai nak seminggu dah still sakit kepala lagi?..
Sakit kepala ni sekejap die datang,sekejap hilang.. dah mcm chipsmore la pulak ;p

Tengoklah, kalau sakit kepala ni still tak hilang jugak sampai esok, lusa terpaksalah aku dalam keterpaksaan memaksa hubby membawa aku berjumpa doktor. Mintak dijauhkan segala kemungkinan yang tidak elok..

p/s: semoga aku dan suami di murahkan rezeki oleh-Nya..amin...

Friday, February 1, 2013

Jalan2 di Cameron Highlands \(^_^)/

Assalamualaikum..

Selepas majlis perkahwinan aritu aku dan suami telah makan angin di Cameron Highlands. Orang akan cakap ini ialah honeymoon, tapi aku lebih senang cakap berjalan-jalan sambil makan angin, lepaskan penat time majlis haritu. Yelah, masa kenduri haritu aku betul2 penat sampaikan tido pun tak cukup. Nasib baik makeup berjaya sembunyikan mata aku y sembab tu, kalau tak memang macam mata panda la aku ni =)




Aku dan suami bertolak dari rumah pada hari Selasa (15 Jan 2013) , pukul 9 pagi. Akceli hari Isnin tu kitorang dah berusaha keras dari pagi sampai ke petang mengemas rumah, menyusun periuk belanga y di gunakan masa kenduri haritu semata2 sebab kitorang dah plan pergi bercuti pada hari Selasa. Memang kesian kat suamiku yang bertungkus lumus memberus periuk dan kawah yang gaban punya besarnya, sampai rosak dan luka2 tangan dia..(kena buli ngan bapak mertua ;p)..aku just menolong mama susun pingan mangkuk kat dalam rumah aje..hehe..


Sebelum bertolak, kitorang berhenti sarapan kat kedai kelate di Taman Yayasan. Tu dah merangkap BRUNCH (breakfast + lunch).hehe..

Sebenarnya, aku mahupun suami tak tahu jalan nak ke Cameron Highlands tu. Siap telefon abah dan along nak tanya jalan. Last2, aku ambil keputusan menggunakan PAPAGO yang ada kat handfonku y tak berapa nak canggih tu.hehe. Mmg bernasib baiklah boleh guna. Yela, dari 1st day beli handfon, xpernah guna pun menda alah tu. Nasib baek aku terrer mengodey-godey(bahasa apentah) PAPAGO tu..haha..
Kami ikut Simpang Pulai, sebab masa berhenti isi minyak kat Tapah, My Hubby tanya kat sorang uncle india yang berhenti kat situ. Dia cakap lebih elok ikut dari Simpang Pulai, sebab jalan sana lebih elok dan tak terlalu bengkang-bengkok..
Kami sampai di Cameron dah petang sangat dah dan terus cari hotel untuk check-in. Kami menginap di Flora De Cottage. Harga bilik dia ok la, tak terlalu mahal dan sesuai untuk percutian kami yang main redah je, tak booking dulu ;p.. Bilik untuk katil queen bed, RM50/mlm (tanpa tingkap) dan RM60/mlm (ada tingkap).. Kami ambil bilik yang ada tingkap sebab boleh tengok environment luar ;)
 
dah sejuk,mkn lagi aiskrim =))

Kami di sana selama 3 hari 2 malam. Memang enjoy la kat sana.. Kami sempat pergi ladang strawberi, ladang teh dan lain2 tempat lagi la. Kami bawa balik sedikit buah tangan untuk family. Antaranya jeruk jambu batu, buah strawberry dan teh =)




Masa on the way balik,ktorang ikut Tapah sebab nak singgah kat air terjun Lata Iskandar. Memang betul kata uncle India tu. Jalannye teruk ngn lori yang banyaknye..Pening kepala aku.. Suami aku tu la yang teringin sangat nak pergi sana. Tu pun dia teringin nak mandi kat sana, tapi aku tak bagi.hehe..kesiannye wahai suamiku.. Takpe2, nanti kita mandi kat waterpark Bukit Gambang ye..haha (^_^)..