Monday, October 10, 2016

2nd Appointment O&G HTAA

Assalamualaikum..

Khamis lepas (6/10/2016); appointment ke 2 untuk rawatan infertility aku.
Seperti yang aku ceritakan dalam posting aku sebelum ni, aku mengharapkan result HSG aku pada hari ini, tapi ternyata sangkaan ku meleset.. Sebab tu lah orang kata jangan terlalu berharap, akhirnya apa yang diharap2kan anda takkan dapat.

Result HSG, lepas 2 minggu baru dapat, tapi masalahnya aku hanya akan dapat tau result HSG aku itu pada appointment aku yang seterusnya. Nak tahu bila? 1 DISEMBER 2016.. Lagi 3 bulan.. uwwwaaaa..menangissss... Kerajaan macam ni la..serba serbi lambat. Tapi nak buat macamana aku tak mampu nak pergi ke swasta yang makan ratus2an ke ribuan ringgit setiap kali buat rawatan.. Akhirnya aku redha dan berserah jela..memujuk hati sendiri.. nak buat macamana, dugaan..

Pada hari itu, aku hanya dapat tahu result SA suami aku. Yang ni pun kecewa juga. Hub yang lebih2 kecewa.. aku dapat nampak dari raut wajah dia tu yang dia frust sangat. Result dia tak cantik. Bilangan kurang, sepatutnya kena ada 20m, tapi dia hanya ada 3m.. Doc cakap jangan risau. Untuk mengandung perlukan 1 je sperm. Jangan stress nanti akan effect hormon. Jika result HSG aku ok, tiub tiada masalah, dia akan refer ke UIA untuk IUI.. Bayaran? Standby jela 3k kata doc tuu.. Yang ni buat aku berfikir, HTAA ni takde provide untuk proses IUI ke? Apa guna nya nama je Hospital Besar, kalau nak transfer juga prosedur IUI pergi ke swasta.. mungkin tak cukup alat agaknya.. huhuhu...

Sekian.

Love,
AIENA




Wednesday, October 5, 2016

Hysterosalpingogram (HSG)

Assalamualaikum w.b.t..

Alhamdulillah seperti yang dijanjikan, aku nak cerita tentang prosedur HSG yang telah aku jalani semalam di Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan.

Hysterosalpingogram atau HSG adalah prosedur x-ray yang digunakan untuk melihat sama ada tiub fallopian adalah paten (terbuka) dan bahagian dalam rahim (uterus) adalah normal atau sebaliknya.

Temujanji aku pada pukul 2.30 petang, jadinya pagi aku masuk office settle 2,3,4 kerja..lunch hour ambil en hubby dari tempat kerja dia pastu terus ke hospital..
Sampai hospital lebih kurang jam 2.15 petang, terus cari bilik untuk HSG. Aku orang pertama yang sampai, bagi nurse borang, pastu dia tanya 2,3 benda kat aku seperti bila tarikh first period, ada bersama suami atau tak dan dah makan ubat yang diberi atau tak.. Oh yaa, lupa.. Doctor ada beri ubat 16 biji untuk aku makan (8biji dimakan 12jam sebelum prosedur dan 8 biji lagi dimakan 2jam sebelum prosedur). Ubat ni katanya untuk elakkan risiko elergic kerana aku ada resdung..
8 biji pertama aku makan sebelum tidur pada pukul 1.20 pagi camtu, sepatutnya aku kena makan pukul 2.30 pagi, tapi risau aku tak sedar dari tidur, jadi nurse suggest aku makan ubat pukul 12.30 malam ke atas sebelum tidur. Balance 8 biji aku makan pukul 12.30 tengahari.

Ubat elak allergic yang perlu dimakan sebelum prosedure
Lepas bagi borang, nurse suruh aku tunggu sebentar dan tak lama kemudian dia datang bawa 2 biji ubat kaler pink dan segelas air. Katanya ubat tahan sakit. Aku makan dan nurse kata HSG start pukul 2.45petang, tunggu doktor sampai. Tengah berdebar2 sambil tunggu doktor aku g toilet membuang ape yang sepatutnya.. Kena biarkan perut kosong, risau masa HSG aku ter "tuttt"..hahaha.. Kuar je dari toilet, nurse terus panggil aku masuk bilik persalinan, tukar baju dan pakai kain hospital. Sepatutnya baju tak perlu tukar, tapi disebabkan aku pakai jubah, aku kena tukar sekali dengan baju...huhuhu..menyesal pakai jubah, ingatkan pakai jubah senang je nak terus selak..hahaha.

ubat tahan sakit
Siap tukar baju, aku masuk bilik untuk prosedur HSG dijalankan. Doktor, nurse dan beberapa nurse pelatih (klu xsilap aku) dah ready menunggu aku. Doktor suruh aku baring atas katil dan seterusnya doktor terus jalankan kerja dia.. Doktor sangat baik, dan dia cakap satu persatu apa yang dia nak buat. Masa dia nak masukkan alat tu pun dia cakap, suruh aku rilek, jangan keraskan badan, tarik nafas, lepas nafas..dan akhirnya selesai.. Sekejap je.. Tak sampai 10 minit pun rasanya n yess Alhamdulillah tak sakit. Cuma ada rasa senak sikit masa ubat dye dimasukkan.. Tapi yang aku malunya masa prosedur dijalankan, semua memandang. nurse termasuk nurse pelatih.. dah la ramai..walaupun semua perempuan tapii malu kotttt..huhuhuh.

Selepas selesai, aku ke toilet nak membersihkan miss v, tetiba nampak darah menitik.. Terfikir lah, ehh tak sakit tapi ada darahhh..  Patutla nurse dan kawan2 TTC aku suruh standby pad. Tapi aku bawa panty liner jer..hehehe.. Lepas prosedur HSG kalau ada bleeding sikit tu normal. Ada yang sampai 2,3 hari bleeding, bergantung pada individu. Alhamdulillah aku sehari je, harini dah tak de darah dah..

Result HSG akan tau masa appointment esok pagi (6 Oct 2016 ; 9.00pagi). Harap semuanya baik.. Aaamiiin..

Sedikit info prosedur HSG
HSG dilakukan selepas period kering sekitar pada CD ke 9-14
- Tidak boleh bersama suami sehingga prosedur HSG selesai
- Makan makanan yang ringan seperti roti atau biskut sebelum prosedur (tapi aku g tibai makan nasi sepinggan sebab tak baca borang. haha..)
- Masa prosedur sedang dijalankan, lembutkan peha, rilekskan badan, tarik-lepas nafas seperti biasa, insyaAllah takkan sakit. Yang penting jangan kemut
- Niatkan kita ikhtiar kerana inginkan zuriat, InsyaAllah Allah akan bantu. Semuanya akan mudah. InsyaAllah.



Terima kasih.

Love,
Aiena




Wednesday, September 28, 2016

Krik krik krikk

Assalamualaikum...

Dah lama rupanya blog aku ni bersawang.. Kalau la blog ni ialah sepohon pokok, dah lama mati kering agaknya...hahahah..

Aku? masih berdua dengan suami..masih ber TTC..masih rezeki kami berdua, berdating, beromantika seiring sejalan...hahaha..
Allah masih dalam proses pembikinan anak kami.. Tunggu jelahh.. Yang terbaik memang selalu lambat kan?. ;)

Aku dah ceghita ke belum yang aku sekarang sedang jalani pemeriksaan infertility di HTAA ek? Takpelah, ni bagitahu.. Almaklumlah blog penuh sawang...hihihi..Appoinment pertama tak silap aku bulan April haritu..
Hari Selasa depan (4/10/16) jam 2.30 petang aku akan jalani HSG. Berbulan2 aku nak tunggu date untuk HSG ni sebab HTAA sebelum ni tengah renovate.. Apa2 pun semoga tiub aku cantik semuanya..aaminn. Nasib baik dapat buat sebelum appointment kedua..Kalau takkk berbulan pulak kena tunggu nak tahu result.. Kerajaan kannn..
Selepas itu (6/10/16) jam 9.00 pagi appointment kedua aku. Pada haritu doktor akan beritahu aku result SA dan HSG.. Semoga semuanya dipermudahkan.. Aamin aaamiiiinnn ya rabbal alaminn..

Itu sahaja. Byee

Muahh

Love Aiena,

Tuesday, October 27, 2015

Family Trip ke Pulau Langkawi ~ Day 3 (Last Day)

Assalamualaikum...

23.03.2015 (Isnin)

Lepas sarapan, kami pergi ke Muzium 3D Art.. Muzium ni dekat jer dengan Skycab, tapi semalam tak sempat pergi sebab kejar masa nak ke Island Hopping. Jadi sementara menunggu masa untuk naik flight pukul 3.30 petang, kami buat keputusan pergi ke sini. ehh..., sebenarnya aku yang nak pergi sangat, nasib baik shuben aku baik hati nak layan aku. Hehehe..

Muzium 3D Langkawi merupakan muzium 3D yang terbesar di Malaysia dan kedua terbesar di dunia. Bangunan 3 tingkat yang sangat besar mengandungi lebih 200 lukisan 3D dan terbahagi kepada 9 zon iaitu: Optik, Aquarium, Safari, Interaktif, Fantasi, Klasik, Mesir, Istana Lama dan Malaysia. 
Jadi, tak mustahillah korang akan memerlukan masa yang sangat lama untuk bergambar dalam muzium ni. Yelah, nak fikir idea dan style posing lagi. 
Untuk pengetahuan, lukisan dalam muzium ni diilhamkan oleh Leading Korean Master Artist. Sangat cantik dan sangat berseni.

Silakanlah tengok gambar weolls yang syok sendiri ni ye..hahahaa..




tengok gambar ni..walaupun tangkap,gambarnya tetap nampak macam bergerak2..sakit mata aku..permainan mata nih..





Ikan duyung yang paling cun di abad ini..kahkahkah










Abah aku yang sporting..hehehe



















1.30 petang:

Lepas syoik sendiri di Muzium 3D Art Langkawi, weolls terus ke airport untuk proses daftar masuk. Barang-barang seperti coklat, pinggan mangkuk dan lain-lain tu diletakkan dalam satu bag besar, dan beg tersebut dibalut dengan plastik 'wrap' supaya coklat tak hancur dan barangan kaca tak pecah. Kalau naik flight ni, tau2 jelah...barang2 dan luggage korang, memang dorang akan campak je bawak kuar masuk.

Owh..lupa, kat airport ada sediakan servis 'wrapping'. Di bawah ni ada list harga untuk service wrapping beg atau pape jelah yang korang nak wrapping. Jangan wrapping manusia sudah..hehe




beg aku yang sedang di bungkus. hehe


Ehhh...lagi satu tertinggal.. Untuk pengetahuan, berdekatan dengan homestay aku ni ada Makam Purba. 

Sebenarnya tak berniat pun nak singgah di Makam Purba ni, tapi kebetulan suami aku tertingggal kasut dia di homestay, aku dan suami terpaksa patah balik pergi homestay untuk ambil kasut suami aku tu. Nasib baik dia teringat kasut dia masa tengah wrapping beg kat airport, kalau teringat masa dah sampai KL atau Kuantan memang selamat lah.. Kasut hantaran kahwin tu oiii.. Mahaiii..huhu.. 
Lepas ambil kasut, tengok masa pun ada lagi, suami aku yang pencinta sejarah ni ajak lah berhenti di Makam Purba tersebut.

Ok, aku ceritakan serba sedikit mengenai Makam Purba ni. 
Makam Purba ini telah ditemui pada bulan April 1975 oleh Ahmad bin Bulat semasa beliau mengorek tanah pongsu untuk membuat tapak rumahnya. Makam ini dipercayai ada kaitan dengan penempatan orang-orang Acheh di Pulau Langkawi pada zaman dahulu. Setelah diteliti bentuk batu nisan, didapati bahawa makam tersebut adalah makam seorang perempuan. Selain itu, berdasarkan penampilan batu nisan tersebut membayangkan bahawa pemilik makam ini mungkin tergolong daripada seseorang yang bertaraf tinggi.

Hasil carian aku di 'Google' aku terjumpa cerita di sebalik Makam Purba Langkawi ini.

Kononnya:
"Tun Jana Khatib, saudagar dan Ulama Pasai telah dihukum bunuh oleh Raja yang zalim di Singapura. Ketika hendak dikebumikan mayatnya telah hilang dan telah terdampar di pantai Langkawi."


Walaubagaimanapun, kesahihan sebenar cerita disebalik Makam Purba Langkawi ni hanya Allah S.W.T. yang lebih mengetahui... Wallahualam..






Tamat cerita family trip 3 hari 2 malam di Pulau Langkawi.

Terima kasih sudi baca ;)

Wasalam...

Monday, October 26, 2015

Family Trip ke Pulau Langkawi ~ Day2

Assalamualaikum..

Omaigoddd...dah lame giler tertinggal posting ni kat draft tanpa ending.. hehehe.. Hokey, arini akan ku sambung semula.. walaupun dah tak ingat, akan ku cuba..kikihkih

22.03.2015 (Ahad)

Destinasi 1:
Kitorang breakfast di restoran Nasi Dagang Pak Malau yang terletak di Jalan Makam Mahsuri..
Okeyy sedikit review tentang restoran ni.. Restoran ni sangat humble dengan pemandangan sekitar yang indah dan penuh kehijaun.. Kitorang haritu makan nasi dagang ikan dan nasi dagang ayam. Isteri pemilik restoran ni merupakan anak jati Terengganu, jadi tak payah nak pertikaikan lagi la kesedapan nasi dagang ni. Korang bayangkan lah makan nasi dagang kat Langkawi, lepastu dengan suasana kehijauan yang amat tenang. manyakk syiokk oo..hehe


tu dia haihh..kecik jer kedai tu kan, tapi sangat unik..

Destinasi 2:
Selepas makan, kitorang bergerak ke Makam Mahsuri. Harga tiket masuk ialah RM7 seorang  untuk dewasa dan RM 3.50 seorang untuk kanak-kanak.
Menurut lagenda, Mahsuri ini merupakan wanita yang sangat cantik, dikatakan telah difitnah dan telah dihukum bunuh dengan kejam. Akibat kejadian itu, Mahsuri merasakan tidak bersalah dan telah bersumpah bahawa tanah Langkawi ini tidak akan aman sehingga ketujuh keturunannya. Darah yang mengalir dari tubuhnya juga adalah berwarna putih yang membuktikan beliau benar-benar suci dan tidak bersalah.

Kitorang tak lepas peluang ambil berkat air dari perigi mahsuri yang konon-kononnya dikatakan awet muda dan dikatakan yang air tak pernah kering walaupun musim kemarau. Korang tengok tu mama ngan abah aku semangat ambil air basuh muka, kitorang pun sama la. Beria jer renjis-renjis air tu kat muka kot2 la nanti jadi cantik macam mahsuri. Hahahah.. Tapi tak dinafikan yang airnya sangat sejuk dan segar. Bila renjis kat muka tu rasa segar jer muka, hilang rasa penat dan mengantuk....kulit rasa tegangg jer(ok, yang ni aku tipu.haha).. Laki aku lagi la fefiling muka berubah jadi Brad Pit pas basuh muka tu. kahkahkah..tak leh bla.. perasann..

mama dan abah



Destinasi 3:
Sampai ke skycab lebih kurang pukul 10 pagi.. Ramai sangat kat atas, bersesak-sesak..
Harga tiket untuk dewasa RM 35 dan RM 25 untuk kanak-kanak bawah 12 tahun.
Kitorang stay kat atas tu amik gambar semua adalah dalam setengah jam. Sebab lepas tu nak berkejar ke aktiviti Island Hoping pulak..
Pandangan dari atas gondola, cantik kan?



Keluarga ku

Destinasi 4:
Aktiviti Island Hopping kami bermula di Teluk Baru, Mukim kedawang, Langkawi.. Di sini kami sewa boat dengan harga RM  270 untuk satu family. Nasihat aku, kalau nak sewa boat, korang kena lah pandai2 buat muka paling manis, mintak tawar harga. Kalau tak hadap lah korang dengan harga pakej yang dia sediakan. Tapi kalau bajet korang besar ape salahnye kan.. Hehehe.. Aku dah tak tau nak bebel ape, sebab dah lupa..hehe.. Korang tengok jelah gambar2 ni..
yang ni harga yang kitorang dapat. Boleh call nombor telefon atas resit kalau nak booking boat

yang ni harga pakej dia. mahal kan?

Nampak macam perempuan mengandung yang tengah baring kan?

Eagle watching. Pemandu boat lempar daging ayam tengah laut, terus datang helang2 ni sambar ayam tu

Kat Pulau Beras Basah, kami mandi-manda je. Tak ada apa yang menarik sangat kat sini. Nasihat aku, korang bawak lah makanan sendiri sebelum buat aktiviti Island Hopping ni sebab korang pasti sangat lapar. Kat Pulau Beras Basah ni, ada satu gerai makanan.. Ada sediakan meggi, keropok dan air kotak @ air tin.. Tetapi.... sangat lah mahal. Bayangkan lah RM 4 untuk satu meggi cup.. Huuu.. Tapi sebab lapar, kitorang tibai jer...


Lepas Island Hoping, kitorang balik homestay, bersihkan badan dan rehat2.. 
Lepas mandi, keluar pergi cari coklat lagi, n shopping sikit-sikit.. Langkawi kan duty free, minyak wangi murahhhh..hehehe..


Ok bai!

Wednesday, June 17, 2015

Kenduri kahwin plus Tasik Chini

Assalamualaikum..

31.05.2015

Aku, somi dan geng2 PPOC berkonvoi ke Felda Chini Pahang untuk menghadiri Majlis Sambut menantu salah seorang Marshal eastern PPOC.

So, dah alang-alang sampai sana, kitorang ambil peluang melawat Tasik Chini.
Selama 27 tahun aku hidup dan tinggal di bumi Pahang ni, inilah kali pertama aku menjejakkan kaki ke Tasik Chini. Memang excited giler nak pergi sana, lagi-lagi pernah dengar kisah naga yang sangat besar pernah dijumpai oleh orang asli di sana. Tetapi, cerita ni aku tak tahu la kesahihannya samada betul atau sebaliknya. Wallahu..

Masa kitorang naik bot nak mengelilingi tasik chini, hujan pun turun dengan gembiranya, hujan rahmat..hihi.. Nasib baik tak lebat sangat, kalau tak kompem kuyup kitorang..


Nah saksikanlah gambar-gambar ni ye. hehe..

Cekidauttt



diperkampungan orang asli



sepasang orang asli. haha

Terima kasih dan jumpa lagi... :))