Tuesday, October 27, 2015

Family Trip ke Pulau Langkawi ~ Day 3 (Last Day)

Assalamualaikum...

23.03.2015 (Isnin)

Lepas sarapan, kami pergi ke Muzium 3D Art.. Muzium ni dekat jer dengan Skycab, tapi semalam tak sempat pergi sebab kejar masa nak ke Island Hopping. Jadi sementara menunggu masa untuk naik flight pukul 3.30 petang, kami buat keputusan pergi ke sini. ehh..., sebenarnya aku yang nak pergi sangat, nasib baik shuben aku baik hati nak layan aku. Hehehe..

Muzium 3D Langkawi merupakan muzium 3D yang terbesar di Malaysia dan kedua terbesar di dunia. Bangunan 3 tingkat yang sangat besar mengandungi lebih 200 lukisan 3D dan terbahagi kepada 9 zon iaitu: Optik, Aquarium, Safari, Interaktif, Fantasi, Klasik, Mesir, Istana Lama dan Malaysia. 
Jadi, tak mustahillah korang akan memerlukan masa yang sangat lama untuk bergambar dalam muzium ni. Yelah, nak fikir idea dan style posing lagi. 
Untuk pengetahuan, lukisan dalam muzium ni diilhamkan oleh Leading Korean Master Artist. Sangat cantik dan sangat berseni.

Silakanlah tengok gambar weolls yang syok sendiri ni ye..hahahaa..




tengok gambar ni..walaupun tangkap,gambarnya tetap nampak macam bergerak2..sakit mata aku..permainan mata nih..





Ikan duyung yang paling cun di abad ini..kahkahkah










Abah aku yang sporting..hehehe



















1.30 petang:

Lepas syoik sendiri di Muzium 3D Art Langkawi, weolls terus ke airport untuk proses daftar masuk. Barang-barang seperti coklat, pinggan mangkuk dan lain-lain tu diletakkan dalam satu bag besar, dan beg tersebut dibalut dengan plastik 'wrap' supaya coklat tak hancur dan barangan kaca tak pecah. Kalau naik flight ni, tau2 jelah...barang2 dan luggage korang, memang dorang akan campak je bawak kuar masuk.

Owh..lupa, kat airport ada sediakan servis 'wrapping'. Di bawah ni ada list harga untuk service wrapping beg atau pape jelah yang korang nak wrapping. Jangan wrapping manusia sudah..hehe




beg aku yang sedang di bungkus. hehe


Ehhh...lagi satu tertinggal.. Untuk pengetahuan, berdekatan dengan homestay aku ni ada Makam Purba. 

Sebenarnya tak berniat pun nak singgah di Makam Purba ni, tapi kebetulan suami aku tertingggal kasut dia di homestay, aku dan suami terpaksa patah balik pergi homestay untuk ambil kasut suami aku tu. Nasib baik dia teringat kasut dia masa tengah wrapping beg kat airport, kalau teringat masa dah sampai KL atau Kuantan memang selamat lah.. Kasut hantaran kahwin tu oiii.. Mahaiii..huhu.. 
Lepas ambil kasut, tengok masa pun ada lagi, suami aku yang pencinta sejarah ni ajak lah berhenti di Makam Purba tersebut.

Ok, aku ceritakan serba sedikit mengenai Makam Purba ni. 
Makam Purba ini telah ditemui pada bulan April 1975 oleh Ahmad bin Bulat semasa beliau mengorek tanah pongsu untuk membuat tapak rumahnya. Makam ini dipercayai ada kaitan dengan penempatan orang-orang Acheh di Pulau Langkawi pada zaman dahulu. Setelah diteliti bentuk batu nisan, didapati bahawa makam tersebut adalah makam seorang perempuan. Selain itu, berdasarkan penampilan batu nisan tersebut membayangkan bahawa pemilik makam ini mungkin tergolong daripada seseorang yang bertaraf tinggi.

Hasil carian aku di 'Google' aku terjumpa cerita di sebalik Makam Purba Langkawi ini.

Kononnya:
"Tun Jana Khatib, saudagar dan Ulama Pasai telah dihukum bunuh oleh Raja yang zalim di Singapura. Ketika hendak dikebumikan mayatnya telah hilang dan telah terdampar di pantai Langkawi."


Walaubagaimanapun, kesahihan sebenar cerita disebalik Makam Purba Langkawi ni hanya Allah S.W.T. yang lebih mengetahui... Wallahualam..






Tamat cerita family trip 3 hari 2 malam di Pulau Langkawi.

Terima kasih sudi baca ;)

Wasalam...

Monday, October 26, 2015

Family Trip ke Pulau Langkawi ~ Day2

Assalamualaikum..

Omaigoddd...dah lame giler tertinggal posting ni kat draft tanpa ending.. hehehe.. Hokey, arini akan ku sambung semula.. walaupun dah tak ingat, akan ku cuba..kikihkih

22.03.2015 (Ahad)

Destinasi 1:
Kitorang breakfast di restoran Nasi Dagang Pak Malau yang terletak di Jalan Makam Mahsuri..
Okeyy sedikit review tentang restoran ni.. Restoran ni sangat humble dengan pemandangan sekitar yang indah dan penuh kehijaun.. Kitorang haritu makan nasi dagang ikan dan nasi dagang ayam. Isteri pemilik restoran ni merupakan anak jati Terengganu, jadi tak payah nak pertikaikan lagi la kesedapan nasi dagang ni. Korang bayangkan lah makan nasi dagang kat Langkawi, lepastu dengan suasana kehijauan yang amat tenang. manyakk syiokk oo..hehe


tu dia haihh..kecik jer kedai tu kan, tapi sangat unik..

Destinasi 2:
Selepas makan, kitorang bergerak ke Makam Mahsuri. Harga tiket masuk ialah RM7 seorang  untuk dewasa dan RM 3.50 seorang untuk kanak-kanak.
Menurut lagenda, Mahsuri ini merupakan wanita yang sangat cantik, dikatakan telah difitnah dan telah dihukum bunuh dengan kejam. Akibat kejadian itu, Mahsuri merasakan tidak bersalah dan telah bersumpah bahawa tanah Langkawi ini tidak akan aman sehingga ketujuh keturunannya. Darah yang mengalir dari tubuhnya juga adalah berwarna putih yang membuktikan beliau benar-benar suci dan tidak bersalah.

Kitorang tak lepas peluang ambil berkat air dari perigi mahsuri yang konon-kononnya dikatakan awet muda dan dikatakan yang air tak pernah kering walaupun musim kemarau. Korang tengok tu mama ngan abah aku semangat ambil air basuh muka, kitorang pun sama la. Beria jer renjis-renjis air tu kat muka kot2 la nanti jadi cantik macam mahsuri. Hahahah.. Tapi tak dinafikan yang airnya sangat sejuk dan segar. Bila renjis kat muka tu rasa segar jer muka, hilang rasa penat dan mengantuk....kulit rasa tegangg jer(ok, yang ni aku tipu.haha).. Laki aku lagi la fefiling muka berubah jadi Brad Pit pas basuh muka tu. kahkahkah..tak leh bla.. perasann..

mama dan abah



Destinasi 3:
Sampai ke skycab lebih kurang pukul 10 pagi.. Ramai sangat kat atas, bersesak-sesak..
Harga tiket untuk dewasa RM 35 dan RM 25 untuk kanak-kanak bawah 12 tahun.
Kitorang stay kat atas tu amik gambar semua adalah dalam setengah jam. Sebab lepas tu nak berkejar ke aktiviti Island Hoping pulak..
Pandangan dari atas gondola, cantik kan?



Keluarga ku

Destinasi 4:
Aktiviti Island Hopping kami bermula di Teluk Baru, Mukim kedawang, Langkawi.. Di sini kami sewa boat dengan harga RM  270 untuk satu family. Nasihat aku, kalau nak sewa boat, korang kena lah pandai2 buat muka paling manis, mintak tawar harga. Kalau tak hadap lah korang dengan harga pakej yang dia sediakan. Tapi kalau bajet korang besar ape salahnye kan.. Hehehe.. Aku dah tak tau nak bebel ape, sebab dah lupa..hehe.. Korang tengok jelah gambar2 ni..
yang ni harga yang kitorang dapat. Boleh call nombor telefon atas resit kalau nak booking boat

yang ni harga pakej dia. mahal kan?

Nampak macam perempuan mengandung yang tengah baring kan?

Eagle watching. Pemandu boat lempar daging ayam tengah laut, terus datang helang2 ni sambar ayam tu

Kat Pulau Beras Basah, kami mandi-manda je. Tak ada apa yang menarik sangat kat sini. Nasihat aku, korang bawak lah makanan sendiri sebelum buat aktiviti Island Hopping ni sebab korang pasti sangat lapar. Kat Pulau Beras Basah ni, ada satu gerai makanan.. Ada sediakan meggi, keropok dan air kotak @ air tin.. Tetapi.... sangat lah mahal. Bayangkan lah RM 4 untuk satu meggi cup.. Huuu.. Tapi sebab lapar, kitorang tibai jer...


Lepas Island Hoping, kitorang balik homestay, bersihkan badan dan rehat2.. 
Lepas mandi, keluar pergi cari coklat lagi, n shopping sikit-sikit.. Langkawi kan duty free, minyak wangi murahhhh..hehehe..


Ok bai!