Tuesday, October 27, 2015

Family Trip ke Pulau Langkawi ~ Day 3 (Last Day)

Assalamualaikum...

23.03.2015 (Isnin)

Lepas sarapan, kami pergi ke Muzium 3D Art.. Muzium ni dekat jer dengan Skycab, tapi semalam tak sempat pergi sebab kejar masa nak ke Island Hopping. Jadi sementara menunggu masa untuk naik flight pukul 3.30 petang, kami buat keputusan pergi ke sini. ehh..., sebenarnya aku yang nak pergi sangat, nasib baik shuben aku baik hati nak layan aku. Hehehe..

Muzium 3D Langkawi merupakan muzium 3D yang terbesar di Malaysia dan kedua terbesar di dunia. Bangunan 3 tingkat yang sangat besar mengandungi lebih 200 lukisan 3D dan terbahagi kepada 9 zon iaitu: Optik, Aquarium, Safari, Interaktif, Fantasi, Klasik, Mesir, Istana Lama dan Malaysia. 
Jadi, tak mustahillah korang akan memerlukan masa yang sangat lama untuk bergambar dalam muzium ni. Yelah, nak fikir idea dan style posing lagi. 
Untuk pengetahuan, lukisan dalam muzium ni diilhamkan oleh Leading Korean Master Artist. Sangat cantik dan sangat berseni.

Silakanlah tengok gambar weolls yang syok sendiri ni ye..hahahaa..




tengok gambar ni..walaupun tangkap,gambarnya tetap nampak macam bergerak2..sakit mata aku..permainan mata nih..





Ikan duyung yang paling cun di abad ini..kahkahkah










Abah aku yang sporting..hehehe



















1.30 petang:

Lepas syoik sendiri di Muzium 3D Art Langkawi, weolls terus ke airport untuk proses daftar masuk. Barang-barang seperti coklat, pinggan mangkuk dan lain-lain tu diletakkan dalam satu bag besar, dan beg tersebut dibalut dengan plastik 'wrap' supaya coklat tak hancur dan barangan kaca tak pecah. Kalau naik flight ni, tau2 jelah...barang2 dan luggage korang, memang dorang akan campak je bawak kuar masuk.

Owh..lupa, kat airport ada sediakan servis 'wrapping'. Di bawah ni ada list harga untuk service wrapping beg atau pape jelah yang korang nak wrapping. Jangan wrapping manusia sudah..hehe




beg aku yang sedang di bungkus. hehe


Ehhh...lagi satu tertinggal.. Untuk pengetahuan, berdekatan dengan homestay aku ni ada Makam Purba. 

Sebenarnya tak berniat pun nak singgah di Makam Purba ni, tapi kebetulan suami aku tertingggal kasut dia di homestay, aku dan suami terpaksa patah balik pergi homestay untuk ambil kasut suami aku tu. Nasib baik dia teringat kasut dia masa tengah wrapping beg kat airport, kalau teringat masa dah sampai KL atau Kuantan memang selamat lah.. Kasut hantaran kahwin tu oiii.. Mahaiii..huhu.. 
Lepas ambil kasut, tengok masa pun ada lagi, suami aku yang pencinta sejarah ni ajak lah berhenti di Makam Purba tersebut.

Ok, aku ceritakan serba sedikit mengenai Makam Purba ni. 
Makam Purba ini telah ditemui pada bulan April 1975 oleh Ahmad bin Bulat semasa beliau mengorek tanah pongsu untuk membuat tapak rumahnya. Makam ini dipercayai ada kaitan dengan penempatan orang-orang Acheh di Pulau Langkawi pada zaman dahulu. Setelah diteliti bentuk batu nisan, didapati bahawa makam tersebut adalah makam seorang perempuan. Selain itu, berdasarkan penampilan batu nisan tersebut membayangkan bahawa pemilik makam ini mungkin tergolong daripada seseorang yang bertaraf tinggi.

Hasil carian aku di 'Google' aku terjumpa cerita di sebalik Makam Purba Langkawi ini.

Kononnya:
"Tun Jana Khatib, saudagar dan Ulama Pasai telah dihukum bunuh oleh Raja yang zalim di Singapura. Ketika hendak dikebumikan mayatnya telah hilang dan telah terdampar di pantai Langkawi."


Walaubagaimanapun, kesahihan sebenar cerita disebalik Makam Purba Langkawi ni hanya Allah S.W.T. yang lebih mengetahui... Wallahualam..






Tamat cerita family trip 3 hari 2 malam di Pulau Langkawi.

Terima kasih sudi baca ;)

Wasalam...

Monday, October 26, 2015

Family Trip ke Pulau Langkawi ~ Day2

Assalamualaikum..

Omaigoddd...dah lame giler tertinggal posting ni kat draft tanpa ending.. hehehe.. Hokey, arini akan ku sambung semula.. walaupun dah tak ingat, akan ku cuba..kikihkih

22.03.2015 (Ahad)

Destinasi 1:
Kitorang breakfast di restoran Nasi Dagang Pak Malau yang terletak di Jalan Makam Mahsuri..
Okeyy sedikit review tentang restoran ni.. Restoran ni sangat humble dengan pemandangan sekitar yang indah dan penuh kehijaun.. Kitorang haritu makan nasi dagang ikan dan nasi dagang ayam. Isteri pemilik restoran ni merupakan anak jati Terengganu, jadi tak payah nak pertikaikan lagi la kesedapan nasi dagang ni. Korang bayangkan lah makan nasi dagang kat Langkawi, lepastu dengan suasana kehijauan yang amat tenang. manyakk syiokk oo..hehe


tu dia haihh..kecik jer kedai tu kan, tapi sangat unik..

Destinasi 2:
Selepas makan, kitorang bergerak ke Makam Mahsuri. Harga tiket masuk ialah RM7 seorang  untuk dewasa dan RM 3.50 seorang untuk kanak-kanak.
Menurut lagenda, Mahsuri ini merupakan wanita yang sangat cantik, dikatakan telah difitnah dan telah dihukum bunuh dengan kejam. Akibat kejadian itu, Mahsuri merasakan tidak bersalah dan telah bersumpah bahawa tanah Langkawi ini tidak akan aman sehingga ketujuh keturunannya. Darah yang mengalir dari tubuhnya juga adalah berwarna putih yang membuktikan beliau benar-benar suci dan tidak bersalah.

Kitorang tak lepas peluang ambil berkat air dari perigi mahsuri yang konon-kononnya dikatakan awet muda dan dikatakan yang air tak pernah kering walaupun musim kemarau. Korang tengok tu mama ngan abah aku semangat ambil air basuh muka, kitorang pun sama la. Beria jer renjis-renjis air tu kat muka kot2 la nanti jadi cantik macam mahsuri. Hahahah.. Tapi tak dinafikan yang airnya sangat sejuk dan segar. Bila renjis kat muka tu rasa segar jer muka, hilang rasa penat dan mengantuk....kulit rasa tegangg jer(ok, yang ni aku tipu.haha).. Laki aku lagi la fefiling muka berubah jadi Brad Pit pas basuh muka tu. kahkahkah..tak leh bla.. perasann..

mama dan abah



Destinasi 3:
Sampai ke skycab lebih kurang pukul 10 pagi.. Ramai sangat kat atas, bersesak-sesak..
Harga tiket untuk dewasa RM 35 dan RM 25 untuk kanak-kanak bawah 12 tahun.
Kitorang stay kat atas tu amik gambar semua adalah dalam setengah jam. Sebab lepas tu nak berkejar ke aktiviti Island Hoping pulak..
Pandangan dari atas gondola, cantik kan?



Keluarga ku

Destinasi 4:
Aktiviti Island Hopping kami bermula di Teluk Baru, Mukim kedawang, Langkawi.. Di sini kami sewa boat dengan harga RM  270 untuk satu family. Nasihat aku, kalau nak sewa boat, korang kena lah pandai2 buat muka paling manis, mintak tawar harga. Kalau tak hadap lah korang dengan harga pakej yang dia sediakan. Tapi kalau bajet korang besar ape salahnye kan.. Hehehe.. Aku dah tak tau nak bebel ape, sebab dah lupa..hehe.. Korang tengok jelah gambar2 ni..
yang ni harga yang kitorang dapat. Boleh call nombor telefon atas resit kalau nak booking boat

yang ni harga pakej dia. mahal kan?

Nampak macam perempuan mengandung yang tengah baring kan?

Eagle watching. Pemandu boat lempar daging ayam tengah laut, terus datang helang2 ni sambar ayam tu

Kat Pulau Beras Basah, kami mandi-manda je. Tak ada apa yang menarik sangat kat sini. Nasihat aku, korang bawak lah makanan sendiri sebelum buat aktiviti Island Hopping ni sebab korang pasti sangat lapar. Kat Pulau Beras Basah ni, ada satu gerai makanan.. Ada sediakan meggi, keropok dan air kotak @ air tin.. Tetapi.... sangat lah mahal. Bayangkan lah RM 4 untuk satu meggi cup.. Huuu.. Tapi sebab lapar, kitorang tibai jer...


Lepas Island Hoping, kitorang balik homestay, bersihkan badan dan rehat2.. 
Lepas mandi, keluar pergi cari coklat lagi, n shopping sikit-sikit.. Langkawi kan duty free, minyak wangi murahhhh..hehehe..


Ok bai!

Wednesday, June 17, 2015

Kenduri kahwin plus Tasik Chini

Assalamualaikum..

31.05.2015

Aku, somi dan geng2 PPOC berkonvoi ke Felda Chini Pahang untuk menghadiri Majlis Sambut menantu salah seorang Marshal eastern PPOC.

So, dah alang-alang sampai sana, kitorang ambil peluang melawat Tasik Chini.
Selama 27 tahun aku hidup dan tinggal di bumi Pahang ni, inilah kali pertama aku menjejakkan kaki ke Tasik Chini. Memang excited giler nak pergi sana, lagi-lagi pernah dengar kisah naga yang sangat besar pernah dijumpai oleh orang asli di sana. Tetapi, cerita ni aku tak tahu la kesahihannya samada betul atau sebaliknya. Wallahu..

Masa kitorang naik bot nak mengelilingi tasik chini, hujan pun turun dengan gembiranya, hujan rahmat..hihi.. Nasib baik tak lebat sangat, kalau tak kompem kuyup kitorang..


Nah saksikanlah gambar-gambar ni ye. hehe..

Cekidauttt



diperkampungan orang asli



sepasang orang asli. haha

Terima kasih dan jumpa lagi... :))

Tuesday, May 26, 2015

test UPT

Assalamualaikum..

Dah 3 ari perut aku sakit je, tak tahu apa puncanya. Kelmarin siap sakit-sakit sendi dan demam..huhu.. Mungkin proses penyucian dosa-dosa aku yang lalu kot..hehe..

Semalam aku ngada g wat UPT... Aku baru beli opk 2 bulan lepas, pakej dapat sekali 5 keping upt. Nak guna opk sayang sebab yang tu aku selalu guna nak check waktu subur aku. Upt tu pulak jangan haraplah nak guna..tak sempat pun nak guna, mak cik P dah datang dulu. Tak menyempat2 la Mak cik P ni..sabor jelah... Jadinya sebab aku jarang guna,, ops TAK GUNA upt tu, dari dibiarkan expired, baik aku gunakan dia. Hehe.. Tak perlu risau, nanti order opk mesti dapat upt tu sekali. hihihi...

Nak tahu tak kenapa aku kata aku mengada test upt? Semalam aku baru cd6, mandi wajib pun belum. Hahaha.. mengada kan... Lantak ahh, upt aku, bukan upt korang. hihi..
Masa test tu dok bayang-bayangkan 2 line naik, hehe...JENG JENG JENGGG Laju je line tu naik, pekat jerrr... tapi hanya satu je yang naik. Hahaha...

Kalau tengok tajuk, gempak giler..kekonon macam ada gudnews je.hihi.. nevermind, one fine day,..

Nak cite tu jer. K baii.. ;)


#Moga lepas ni dapat rasa 2 line kat upt tu.. Aamiiin...

Wednesday, April 29, 2015

1st appointment di Poliklinik Beserah

Assalamualaikum..

02.04.2015
Kalau ikutkan temujanji aku pukul 2.30 petang, tapi aku terlewat 15minit. Nasib baik doktor tak marah. Sempat jugak la minta maaf takut doktor tunggu lama kan. Hehe..
Adik aku la lewat bas nya.. huhu.. Kalau ikutkan bas dia pukul 1.30 petang, tapi sampai pukul 2.30 pun bas tak sampai-sampai. Jadi terpaksa la aku tinggalkan adik aku di situ tunggu bas seorang diri.. Kesian dia.

Sebenarnya harini aku sengaja ambil cuti, sebab pagi tu comi nak set appointment untuk operation buang besi dalam peha dia tu. Pas tu dah alang-alang cuti aku suruh adik aku datang Kuantan terus, Sebab dia nak ambil sijil berhenti belajar kat KPTM. Dah alang-alang aku cuti, boleh la aku hantar dia..

Temujanji dengan doktor kali ni dia tak check banyak pun. Lebih kepada soal siasat aku ngan comi je. Doktor cuma scan perut aku je...tengok kedudukan rahim. Katanya ok, tapi tu cuma tengok dari luaran je, belum vaginal scan lagi... Doktor suruh aku turunkan berat sebab BMI aku dah overweight.huhu.. Doktor paksa aku pilih dan berjanji dengan dia waktu next appointment nanti aku nak turun 4kg atau 8kg..Opkos la aku amik 4kg jer.hehe.. Tapi pada waktu aku taip post ini, berat aku tak turun-turun dari haritu sedangkan dah 4minggu kot. Hadoiilaa... Mampu ke aku turun 4kg tu...

Doktor tetapkan next appointment aku ialah pada 04.06.2015.. Pada 17.04.2015 (cd21) aku kena datang untuk buat ujian darah dan suami aku buat sperm test pada 06.04.2015.



#17.04.2015 - ujian darah DONE. Keputusan dapat tau masa temujanji dengan doktor pada 04.06.2015 nanti.

#06.04.2015 - sperm test comi di POSTPONE kepada 30.04.2015 atas sebab-sebab yang tak dapat dielakkan.hihi

Wednesday, April 1, 2015

Salam GST

Assalamualaikum...

Mesti orang tengok tajuk ni pun dah meluat. Peduli apa aku. Haha..

Apa khabar korang-korang semua pagi ni. "aku tanya apa khabar..aku tanya apa khabar..aku tanya apa khabar..semuaa"hehe..

Pagi ni ofismate aku buka CIMB clicks sebab nak topup handphone dia terkejut harga topup semua dah naik. Semuanya ada charge 6% tu. hehe.. Aku pun terus bukak la CIMB clicks aku nak tengok sama sebab konon-kononnya taknak percaya, tetapi ini bukanlah mimpi semata-mata, ini adalah realiti.. Semua topup ada GST 6% tu.. Agak2 kita ni sebagai pengguna boleh claim back 6% tu kat kastam tak? haha.. Mesti lah tak boleh. Mimpi jelah afarina hoii. Hohoho..

Tak apalah, walau macamana sekalipun hidup harus diteruskan. Kita hidup di bumi Malaysia ni kena lah redha je, sebab dah memang kerajaan kita dah buat keputusan macam tu kan. Kita sebagai rakyat, ikut jelah.. Kalau ko nak wat rusuhan ke nak stress sekalipun ke GST tetap berjalan seperti biasa. Ko nak elak GST ko pindah la duduk di negeri pasir berdengung ke negeri pasir dua butir ke mesti takde GST tu kot..hahaha..
Pemimpin kita mungkin ada alasan yang baik untuk bangunkan ekonomi negara misalnya. Kalau pemimpin ada niat buruk sekalipun kepada rakyat samada sengaja nak biarkan rakyat menderita atau tidak, beliau jawablah di akhirat nanti kan.. Kita sebagai hamba Allah kita haruslah bersyukur dan berserah je dengan ketentuanNya. Rezeki kita adalah dari Allah S.W.T.. bukan mak ayah atok nenek hatta pemimpin negara yang tentukan. Kita sebagai hambaNya kita berdoa berusaha dan bertawakal sahajalah pada Allah. Kita jalankan tanggungjawab kita sebagai khalifah Allah di muka bumi ni dengan sebaiknya. Dunia kita ni hanyalah pinjaman, yang kekal adalah akhirat sana.

Sekian..

Tuesday, March 31, 2015

Family Trip ke Pulau Langkawi ~ Day1



Assalamualaikum..

Perancangan ke Pulau Langkawi ni family aku dah plan lepas raya puasa tahun lepas kalau tak silap. Konon-kononnya pergi sana taknak penat drive, so abang aku dah beli tiket Air Asia awal-awal.

Petang hari Jumaat 20.03.2015; lepas habis waktu kerja aku dengan en comi terus bergerak ke rumah abang aku (along) di Putrajaya. Keluarga aku yang lain semua dah bergerak ke sana awal-awal lagi. Cuma aku je yang lambat disebabkan hal-hal kerja yang takkan pernah habis.huhu..

Sampai di Putrajaya dalam pukul 10.30 malam, selepas sesat masuk kawasan perumahan kat Wangsa Maju. Hehe.. PAPAGO hangin!. Sampai umah along, mama abah dan dua adik aku dah ready nak tido dah. Semangat betul takut mengantuk esok naik flight katernyer. Haha..

wefie dulu depan rumah along sebelum gerak ke stesen ERL

21.03.2015 (Sabtu)

Selepas sarapan dalam pukul 10 pagi kitorang bergerak ke stesen ERL putrajaya. Masa ni sumbat2 dalam 2 buah kereta je, kereta comi dan kereta along.
Sampai di stesen ERL, along beli tiket untuk 8 orang dewasa dan 1 kanak-kanak.
Sesampai je di KLIA2 hampir pukul 11.00, terus along cari tempat untuk check in. Kalau ikutkan flight kitorang pukul 12.30, tapi orang di KLIA toksah nak cakap la, ramai giler. Kelam kabut along berbaris takut tak sempat check in.
Flight berlepas tepat pada masanya pukul 12.30, sampai di Langkawi Airport dalam pukul 1.30 petang. Perjalanan KL-Langkawi dalam masa sejam jer, tak sempat nak tido. Hehe..

kereta sewa kami

Sesampai di Langkawi, along terus cari kereta sewa yang dah siap tersedia menunggu dari awal. Naik kereta, terus gerak cari homestay walaupun agak sesat pada mulanya dalam 15minit dah jumpa homestay. Kat Langkawi ni, kitorang tinggal di D'Padi Homestay. Tuan punya homestay nama dia ialah En Azizi. Homestay ni dekat Makam Purba dan dekat jer dengan airport . Kalau tak sesat 5 minit dah sampai. Sebenarnya masa nak pergi Langkawi ni, along telefon semua homestay dan apartment semuanya penuh disebabkan LIMA LANGKAWI. Nasib baiklah D'Padi Homestay ni ada, disebabkan ada family yang cancel booking last minute, kalau tak, tido dalam kereta jelah. Hahaha..

Lepas sembahyang Jamak Zohor-Asar, kami makan tengah hari dekat dengan homestay dan seterusnya rancang nak pergi ke Tasik Dayang Bunting harini. Tapi, malangnya pusing punya pusing, kitorang sesat mencari jeti kat Pekan Kuah. Lepas along telefon En Azizi, sebenarnya dari homestay, jeti terdekat ialah jeti Teluk Baru...alahai... Jadi, kami buat keputusan Tasik Dayang Bunting pergi esok, harini macamana sekalipun kena pergi juga salah satu tempat yang dah dirancang sebelum ni, kalau tak esok pastu kesuntukan masa. Kebetulan kami dah berada di kawasan Pantai Chenang, waktu pun dah hampir pukul 5 petang, jadi kami buat keputusan pergi ke Underwater World.

Tiket masuk Underwaterworld ialah RM30 seorang untuk dewasa dan RM20 seorang untuk kanak-kanak. Harga ni jika ada MyKad. Di sini binatang yang aku paling teruja ialah penguin. haha..comel sihh...lepas tu obor-obor. Cantik jer tngok obor-obor bergerak. Lembut sangat pergerakan dia..


Lebih kurang pukul 6.30 kitorang keluar dan terus ke Haji Ismail Group dan Langkawi Saga.. "Its shoppink time!!"
Aku banyak beli coklat di Haji Ismail Group je sebab rasa macam murah kat situ. Tapi sebenarnya nak bandingkan harga di dua-dua tempat ni, ada coklat yang harganya murah, dan ada harganya mahal sikit. Aku malas nak ushar satu-satu coklat dan bandingkan harga, jadinya aku buat keputusan beli je terus kat Haji Ismail Group. Kat situ sahaja aku dengan comi habis hampir RM400 dengan beli coklat sahaja semata-mata. Haiss.. Bajet nak beli periuk dengan kuali terus lari..huhuu..
ni je gambar yang sempat snap.coklat xsempat,sbb org ramai giler

Kalau nak datang Langkawi ni aku nasihatkan duit memang kena bawak banyak la. Kalau tak memang putih mata berair aiyaq liuq je tengok tapi tak dapat nak beli. sob sob sob.. Elaun aku ni la tak masuk-masuk lagi, lari sume bajet.. Takpela, tak adala aku membazir beli macam-macam ikut perangai syaitan kannn. Astaghfirullah..(dari sisi positif,,dari sisi negatif pulak--sob sob sobb..)

Lepas masing-masing shoppink, kitorang makan malam kat tempat yang sama juga masa makan tengah hari tadi, lepas tu balik homestay tido.. Berehat untuk berjalan esok hari pulak..

Day2 to be continue......