Friday, December 12, 2014

Tips Kesuburan dan Mudah Hamil

Assalamualaikum..

Harini aku nak bagi tips sikit.
Untuk kalangan TTC macam aku ni mesti la asyik dok google2 jer pasal tips nak mudah hamil, so ni aku nak share dengan korang semua. Tips ni ekceli aku amik dari closed group TTC Malaysia. Terima kasih kepada yang memberi tips ini.

Kepada kawan2 terutamanya yang sedang TTC termasuk aku, jom kita ikut tips ini..

Zasss...

  1.  Kita kena catit setiap tarikh - tarikh period kita..
  2. Amalkan makan dua biji atau lebih telur separuh masak setiap pagi suami isteri. 
  3. Elakkan pengambilan makanan yang di proses seperti makanan dalam tin, makanan ringan, jeruk, msg a.k.a ajinamoto, kiub-kiub perasa, kfc, mcdonald dan yang seangkatan dengannnya.
  4. Buat senaman sekurang -kurangnya 3-4 kali seminggu untuk membuang toksin dalam badan
  5. Sesiapa yang mempunyai berat badan berlebihan memang wajib berdiet. Atleast kena turunkan dalam 20% daripada berat badan kawan2 sekarang.. boleh try diet atkins atau diet low carbs.
  6. Banyakkan bersedekah
  7. Bagi yang beragama Islam, dekatkan diri dengan Allah dengan mengamalkan solat2 sunat.. seperti solat sunat dhuha, solat sunat tahajjud, taubat dan hajat.
  8. Boleh guna kaedah OPK atau BBT utk kesan bila waktu subur kita
  9. Minta maaf dengan org sekeliling terutama dengan ibu bapa dan orang terdekat dengan kita serta sentiasa memaafkan orang.
  10. Sentiasa berfikiran positif
  11. Elakkan stress kerana stress akan membuat hormon kita makin tak betul.
  12. Ambil asid folic untuk persediaan pregnant. Ambil sebiji setiap hari. Kalau nak lagi bagus, ambil multivitamin prenatal formula seperti brand GNC atau Blackmores atau apa2 brand pun.


Semoga kita semua yang sedang berusaha untuk pregnant akan mendapat anugerah yang tak ternilai ni dalam masa terdekat.. amin..amin..amin..

JANGAN BERHENTI BERUSAHA..BERDOA DAN BERTAWAKAL..INSYAALLAH..

Wednesday, December 10, 2014

Ujian Allah S.W.T..

Assalamualaikum...
Kawan2..
Ujian adalah Tarbiyah daripada Allah SWT.. Bila kita rasa terbeban dengan ujian Allah, ingatlah pasti ada hikmah disebaliknya..
Be strong dan kuatkan iman.. TRUST ALLAH...

KENAPA AKU DIUJI?
“Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; “Kami telah beriman,” sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta.” -Surah Al-Ankabut ayat 2-3

KENAPA AKU TAK DAPAT APA YG AKU IDAM-IDAMKAN?
“Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.” -Surah Al-Baqarah ayat 216

KENAPA SUSAH SANGAT UJIAN INI?
“Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya.” -Surah Al-Baqarah ayat 286

RASA FRUST? TENSION? LEMAH SEMANGAT?
“Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yg paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yg beriman.” - Surah Al-Imran ayat 139

BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?
“Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah- daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan).” -Surah Al-Imran ayat 200
“Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk” -Surah Al-Baqarah ayat 45

APA YANG AKU DAPAT DARIPADA SEMUA INI?
“Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mu’min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka… -Surah At-Taubah ayat 111

KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?
“Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dariNya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal.” -Surah At-Taubah ayat 129

ARGHHH AKU TAK TAHAN!!! AKU DAH BOSAN!!
“… .. dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yang kafir.” - Surah Yusuf ayat 12


~Semoga membawa ketenangan kepada TTCian. Ingat Allah SWT...

Friday, December 5, 2014

Tazkirah~

Bismillah...

Assalamualaikum..


Kadangkala,
Allah sukarkan jodoh kita,
Tetapi apabila sudah selamat berumahtangga,
Dia mudahkan rezeki menimang cahaya mata.

Kadangkala,
Allah sukarkan kita menimang cahaya mata,
Tetapi Dia rezekikan suami /isteri yang memahami serta menerima kita apa adanya.

Kadangkala,
Allah sukarkan kita dengan suami/ isteri yang sering membuat hati menjeruk rasa,
Tetapi Allah mudahkan dengan kehadiran anak-anak penyejuk mata.

Kadangkala,
Allah payah dan sukarkan kita dalam mendidik cahaya mata,
Tetapi Dia mudahkan dengan pelbagai ilmu keibubapaan yang membuatkan anak-anak tidak derhaka.

Dan kadangkala,
Allah sukarkan kita dengan perkara-perkara yang ada (di atas),
Tetapi Allah mudahkan kita dalam kerjaya juga beramal kepadaNya.
Dan ada juga ketikanya, Allah sukarkan kita dengan segala-galanya,
Tetapi Allah mudahkan kita menjadi hamba-Nya yang Dia redha.

Subhanallah,
Nikmat Allah itu luas.
Kadangkala,
Tidak terjangkau dek akal fikir,
Namun membuat kita kerdil saat kita menyedarinya,
Lalu tinggal kita yang harus memilih,
Mahu menjadi orang biasa-biasa,
Atau menjadi Hamba Allah yang luar biasa,
Yang lebih kaya hati dan jiwanya berbanding emosinya.


Monday, November 24, 2014

Majlis Pentauliahan Kemahiran Malaysia

Assalamualaikum...


Pada ari sabtu lepas (22 November 2014), IKIP tempat aku kerja mengadakan konvo untuk pelajar lepasan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) dan Diploma Kemahiran Malaysia (DKM)..
Ni merupakan tahun pertama aku menyertai program ni, memandangkan baru tahun pertama juga aku bekerja dengan ikip..

Sempena dengan konvo tahun ini, aku menyertai kumpulan koir dari pihak IASC, bersama dengan staff termasuk tenaga pengajar.. Lagu yang kami bawakan ialah lagu Negaraku, lagu Negeri Pahang, dan lagu Kejora Wawasan yang merupakan lagu rasmi Ikip Group of  Colleges.

posing sebelum koir
i love rose & lily

Thursday, November 20, 2014

Bersangka Baik Pada Allah S.W.T..


Assalamualaikum...

Pagi tadi dapat whatsapp dari seorang teman rapat dan dia juga sedang TTC. Aku tak tahu dia dapat dari mana tapi ia betul2 membuat hatiku tersentuh dan tergerak hati untuk masukkan dalam blog ini..
Mungkin boleh jadi tatapan rakan2 TTC yang lain.. InsyaAllah..

Sesiapa tuan empunya ayat2 ini saya mohon share ye.. 
-
-
-
-
-


Bismillah... ~

Sekadar PerkOngsian Untuk Daku & kawan2 yang telah berkahwin tetapi masih belum dikurniakan zuriat ~



1) Alhamdulillah.. saya ingin katakan.. Bersangka baiklah pada Allah.. Bersangka baiklah pada Allah.. Bersangka baiklah pada Allah..

2) Allah Maha Baik

3) Buatlah sujud syukur (Google cara buat sujud syukur) & syukurlah kerana masih belum diberikan anak. Nabi pesan formula untuk ditambahkan nikmat adalah "Bilamana kamu diberikan nikmat yang sedikit, kamu bersyukur, Maka Allah akan tambahkan nikmat itu"

4) Mengapa Dia masih belum beri anak? Jangan membuat jawapan-jawapan sendiri. Tapi jawapannya hanya satu - KERANA DIA MAHA BAIK!

5) Jangan fokus kenapa masih tak diberikan anak, tetapi fokuslah untuk hidup dalam sentiasa Memuji Allah tanpa henti 24jam / 7 hari / siang malam

6) Buang semua perasaan sedih

7) Berlapang Dada & senyum selalu
Jadilah insan paling bahagia tanpa anak.. Kerana itu kehendak Allah yang menciptakan kita ~ Siapa kita untuk melawan kehendak Allah?

9) Atas segala usaha & doa, DIA masih memilih kita untuk tidak dikurniakan anak. Sungguh DIA MAHA TAHU apa yang terbaik buat kita pada saat & ketika ini

10) Usah kita bimbang dan risau hidup tanpa zuriat, atau putus keturunan

11) Usah merungut Mengapa sampai sekarang belum dapat anak kerana itu bermakna kita komplen Allah

12) Teruskan usaha Bersungguh-sungguh & jangan jemu selagi kita mampu & mahu

13) Tiap kali 'bersama', Bersama lah dengan penuh rasa ghairah & cinta, Bersungguh-sungguh dari hati untuk cari redho Allah & doa & yakin Allah akan beri zuriat dari 'hubungan' ini. TIAP-TIAP KALI BUKAN PADA WAKTU SUBUR SAHAJA. Sungguh kita tidak tahu, bila Allah mengatakan 'kun faya kun..'

14) Usah 'bersama' dalam keadaan tidak ada semangat atau bersama dalam keadaan putus asa dan anggap kita takkan dapat anak pun sebab dah banyak kali cuba.. Allah bertindak mengikut sangkaan hambanya.. begitu kita sangka, begitulah hasilnya. Teruskan mencipta sangkaan-sangkaan yang baik

15) Untuk seorang isteri, Berbahagialah kerana isteri-isteri Nabi juga tidak memberikan Rasulullah anak kecuali Saidatina Khadijah & Mariah.

16) Jangan salah Menyalahkan pasangan. Jika kita mahu hidup dengannya, teruskan dengan redho, hormati & sayangi dia.

17) Banyakkan istighfar dan melakukan solat taubat kerana dengan taubat, Allah ampunkan dosa kita, angkat darjat kita dan luaskan rezeki kita

18) Banyakkan sedekah kerana dengan sedekah Menyucikan jasad dan hati dan membuka luas ruang-ruang rezeki yang tidak disangka-disangka

19) Puji Allah sentiasa & syukur banyak-banyak kerana tidak diberikan anak pada waktu ini. Syukur bererti kita menerima dengan lapang dada, kita senyum dan rasa bahagia kerana kita tahu Allah memperlakukan kita dengan sangat baik

20) Suami & isteri kena satu fikir. Tiap kali bangun pagi, sama-sama ucapkan, "kita akan dapat anak kandung tahun depan 2015". Ucap tiap-tiap hari dengan tarik nafas, senyum dan yakin

21) Tuliskan di atas kertas besar dan lekat pada dinding atau mana-mana kawasan yang senang untuk kita lihat - tulis "kami akan dapat anak kandung pada tahun 2015". "saya akan hamil pada 2015" atau apa sahaja ayat pendek yang TIAP-TIAP HARI mata kita boleh melihat, mulut kita boleh menyebut, telinga kita boleh mendengar, masuk dalam otak kita, sampai pada hati kita dan semua kenyataan-kenyataan itu akan diproses dalam sistem badan kita

22) Konsisten makan makananan sunnah, madu, kurma, susu, kismis, buah tin,minyak zaitun, dan tiap kali makan, niatkan "kami (suami isteri) makan ikut apa yang nabi makan, tolonglah Ya Allah berkati makanan ini dan hasilkanlah darinya pada tubuh kami zuriat yang soleh dan solehah"

23) Jumpa doktor dan ikut nasihat doktor sungguh-sungguh bukan separuh jalan atau ala kadar

24) Jangan kedekut keluarkan duit untuk perbelanjaan rawatan

25) Mohon mak ayah dan adik-beradik konsisten buatkan solat hajat untuk kita. Seluruh ahli keluarga kena sepakat & rajin

26) Suami isteri buat solat taubat & solat hajat tiap-tiap hari jangan tinggal termasuk membaca yassin

27) Suami Isteri baca tiap hari surah Ibrahim ayat 40, surah furqan ayat 74 dan surah al-anbiyak 89 (rujuk tafsirnya sekali)

28) Tinggalkan semua kemaksiatan dan siap sedia sentiasa kerana bila-bila masa kita akan jadi ibu & ayah! :))


SELAMAT MENJADI IBU & AYAH BILA TIBA MASANYA ~ SENYUM SELALU HIDUP INI INDAH!!!

Saturday, November 15, 2014

ALONE

Assalamualaikum..

Harini offday aku dan sepatutnya offday suami ku jua.. Tapi dia nak bekerja demi mencari duit lebih untuk keluarga. Biarlah dia bekerja.. Lagipun dia kerja untuk aku juga..

Tipulah kalau aku cakap aku tak bosan duduk sorang2 di rumah.. Kalau ada anak, boleh hiburkan aku, boleh borak2 dengan anak.. Tapi anak pun belum ada. Kadang2 hati jahat aku berkata, kenapa semua ini jadi pada aku? Kenapa orang lain boleh mengandung tapi aku tak? Bila aku akan rasa nikmatnya mengandung, mengendong, memimpin, ajar ABC, ALIF BA TA, 1 2 3...

Berdosakah aku jika mempersoalkan aturan Yang Maha Esa? Berdosakah aku jika aku tanya bilakah masa aku akan tiba?? Berdosakah aku???
Astaghfirullah...

Mujurlah suamiku tak pernah ungkit berkaitan anak.. Dialah kekuatan yang aku ada.. Pada dadanya aku sentiasa menangis bila "P" datang, tangannya juga yang mengesat air mata ku.. Tapi aku tau jauh disudut hatinya juga turut menangis... Maafkanlah aku duhai suami...

Sejujurnya aku lemah Ya Allah...
Aku hanya lah insan yang lemah..
Mungkin Kau duga aku sebegini rupa supaya aku sentiasa dekat pada Mu..
Aku redha Ya Allah..
Aku harus bersyukur dengan nikmat lain yang Kau berikan pada ku iaitu seorang suami yang sangat memahami aku.. Aku bersyukur Ya Allah....

"SEANDAINYA BELUM MASANYA UNTUK AKU MENYENTUH ZURIATKU BUAT MASA INI, KAU KUATKAN LAH HATI KU YA ALLAH, KAU TABAHKAN LAH HATI KU DALAM MENGHADAPI DUGAAN INI..AAMIIN"
-
-
-
-
-
Ya Allah Ya Tuhan Kami
Kami bermohon kepadaMu ilmu yang bermanfaat, rezeki yang baik, dan amal yang diterima.
Ya Allah,
Jika rezeki kami di langit, turunkanlah ia,
Jika rezeki kami di bumi, keluarkanlah ia,
Jika rezeki kami sedikit, perbanyakkanlah ia
Jika rezeki kami banyak, berkatilah ia
Jika rezeki kami haram, sucikanlah ia,
Kurniakanlah kepada kami dengan nikmat yang telah Kau berikan kepada orang yang mendapat keredhaanMu. 

Tuesday, August 5, 2014

Raya 2014

Assalamualaikum..

Macamana dengan hari raya korang tahun ni? Mesti happening kan..
Tahun ni hero aku kena kerja. Raya ke-3 baru dia dapat cuti. Huhu..sedih!sob..sob..
Ini cerita raya aku:-

Raya pertama ; Kalau orang lain, pagi raya dah sibuk-sibuk dengan keluarga berbaju raya yang cantik dan warna warni. Tapi, pagi raya pertama aku memerap je dalam rumah, kunci pintu rapat-rapat duduk senyap-senyap je dalam rumah. Haha, teruk kan aku!

Sehari sebelum raya aku tanya la dengan hero aku tu nak masak rendang ke atau pape jelah. Dia lak cakap tak payah sebab lepas dia habis kerja terus nak balik Pekan beraya kat rumah keluarga dia.. So, aku pun tak de lah masak. Pagi raya aku sibuk mengemas rumah sebab sebelum tu aku tersangat busy sampai tak sempat nak kemas rumah, dengan kain2 baju 2 bakul tak berlipat. Mana tak nya, asal hujung minggu je, balik kampung..hujung minggu je balik kampung..Tak balik rumah family aku, kitorang balik rumah family mertua aku. Yang banyaknya ofkos lah balik rumah mertua, sebab dekat.. Kuantan-Pekan bukan jauh mana pun..

Pukul 3 petang aku ambil hero aku kat tempat kerja, pastu terus pergi beraya kat Pekan.. Dapat la jugak beraya walaupun dah petang. hihi..

Yeayy,,akhirnya dapat pergi beraya!
Raya ke-2; lepas hero aku balik kerja kitorang balik ke Pasir Puteh, Kelantan, rumah nenek sebelah ayah aku. Bapak aku dah siap-siap tunggu kat susur keluar tol Jabor, konon2nya nak berkonvoi sama2 balik Kelantan. Tapi aku tersalah dengar, aku gi masuk tol Jabor. Penyudahnya, aku pulak yang kena tunggu mereka kat Almuktafi Billah Shah.. Dah terbalik sudaa..hehe..

Raya ke-3; abang aku buat majlis cukur jambul anak kedua dia kat rumah keluarga mertuanya kat Kota Bharu. Sambil2 tu mertua dia buat 'open house' sekali. Lepas tu, kitorang berjalan, ber'shopping' dan cuci mata kat Pasar Besar Siti Khadijah. Kat sana aku beli telekung je, yang lamanya menunggu adik dan mak aku 'shopping' kain sutera batik. Kesian nenek aku nak tertido dah tunggu dorang. Hari Raya Aidilfitri kat Kelantan ni tak meriah sangat, sebab tu ada yang buat kenduri kahwin masa hari raya aidilfitri.

Tahun ni, kitorang pun tak pergi beraya rumah mak2 sedara yang lain. Balik Kelantan hanya nak tengok atok dan nenek, pastu berjalan sana-sini cuci mata. Tapi yang sedihnya, aku teringin makan pulut ikan bakar, tapi kedai tu tutup la pulak. Dah kempunan aku..huhu..nasib baik tak mengandung, kalau tak meleleh air liur anak aku nanti..hihi..
di rumah mertua Along

di Pasar Besar Siti Khadijah, KB
Raya ke-4; kitorang dah bergerak balik, tapi sebelum tu singgah kat Pasar Pasir Puteh. Setiap tahun kalau balik dari rumah nenek ke Pahang, kitorang akan ikut jalan pantai. Jadi dalam perjalanan tu, boleh lah cuci mata tengok permandangan laut dan kitorang akan berhenti makan makanan yang beli kat Pasar Pasir Puteh tadi kat situ.. Sampai Kuantan, kitorang berpecah sebab family aku nak balik Selancar.

kami yang gila selfie =)
Raya ke-5; hantar "black visagi" buat pemeriksaan kesihatan (major servis). Petang, lepas beraya kat rumah budak office aku, nadirah, kitorang pergi ke Kuantan Parade. Kononnya nak cuci mata je, sekali tersangkut dengan 'smartphone' OPPO. kikiki.. Aku berkenan OPPO N1, sebab kamera boleh rotate depan belakang ikut suka korang lah nak bergambar posisi macamana pun. Kamera pun sangat cantik, 13MP woo.. Tapi harga pun mestilah sangat cantik, sehingga tak tercapai akal aku. huhu.. Di sebabkan itu aku angkut jelah OPPO R1. Boleh la, kamera pun cantik walaupun tak secantik N1.. Kalau nak setakat ber'selfie' tu boleh sangat dah.hehe.. Terima kasih kepada hero kesayangan aku kerana telah "menyapot" OPPO R1.. LOVE YOU ABANG..

Ok lah, dah panjang lebar aku membebel, cukuplah untuk hari ini.. Untuk itu aku ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin (ada ke sampai ke batin?hihi..)
hehe
dengan bunga pun jadi ;p

Terima kasih.. :)

Monday, July 7, 2014

Kenduri kahwin adik angkat Fatin

Assalamualaikum..

Tetiba harini aku nak update pasal kenduri kahwin adik angkat fatin. Nama dia apa ntah. Aku dah lupa..haha..


Masa aku nak bersalam dengan mak pengantin, makcik-makcik kat situ cakap "Yang ni ke yang kahwin haritu. Dah ada isi ke belum? Tak nak anak ke?"
Hadoi la, tak tahu nak buat muka macam mana.. Nak rasa marah ke sedih ke nak menjerit..huhu...
Siapalah yang tak nak anak, makcik.. Allah Yang Maha Kuasa Menentukan.. Aku hanyalah mampu berusaha, berdoa dan redha..

Belum rezeki aku untuk mendapat anak..

Biarlah, makcik tu mungkin tak pernah alami nasib macam aku, jadi dia tak faham.

Aku maafkan makcik.. :))

Ambik aura orang mengandung :)




Terima kasih :)


Sunday, July 6, 2014

Ikhtiar

Assalamualaikum...
Kali ni aku nak share berkenaan ikhtiarku berTTC.. Sebenarnya dari awal perkahwinan aku, aku dah berTTC, tapi rezeki zuriat belum berpihak kepada aku. Tetapi aku tak akan berputus asa dan aku akan terus berusaha..

'Cycle' kali ni aku berikhtiar dengan Sk Al-Khilbun dengan Hulba, Clomid 100mg dan Folic Acid.
Sk Al-Khilbun dan hulba ni aku beli online dari kak ina. Clomid dan Folic Acid pula diberi oleh doktor nazri dari Klinik Penawar..

'Cycle' sebelum ni aku check-up kat Klinik W.Y. Ko, Jalan Beserah. Masa aku check-up kat sana, doktor buat scan ultra-sound kat rahim aku dan dia kata semuanya normal dan tiada apa-apa ketumbuhan dalam rahim aku. Syukur Alhamdulillah.. Tetapi doktor cakap pundi air kencing aku penuh dan nampak 'clear' kat dalam skrin.. Malunye aku! Memanglah masa tu aku tengah tahan kencing, nak pergi toilet malas. Hah,pe'dahnya terpampang depan skrin bagi doktor tengok.haha.. Kalau tahu boleh nampak masa scan dah awal-awal aku pergi kosongkan pundi kencing aku tu..huhu

Doktor kat Klinik W.Y.Ko bagi aku makan Clomid 50mg je.. Makan masa period ke-2.. Kalau period lagi datang hari pertama period untuk perubatan seterusnya.. Pastu tup-tup cik P aku datang lagi.. Tapi disebabkan aku tak berapa faham sangat doktor di klinik W.Y.Ko tu bercakap dengan pelat cinanya tu, jadi aku buat keputusan untuk sambung check-up kat klinik Penawar je sebab di sana doktor Melayu.. Senang sikit.. Tak adalah jadi macam komunikasi ayam dan itik.hihi
Kat klinik Penawar  doktor nazri 'up' kan kuantiti Clomid untuk aku telan kepada 100mg dan dia bagi juga Folic Acid..

Semoga dengan ikhtiar kali ni dan bersempena bulan Ramadhan penuh keberkatan ini, aku dikurniakan zuriat penyeri hidup aku dan suamiku.. Amin..

Tapi apa-apa pun, aku hanya mampu berusaha dan berdoa tanpa putus asa, selebihnya Allah S.W.T. Yang Lebih Berkuasa menentukannya.. :)

Eh lupa pula nak share harga check up aku..

                     Klinik W.Y.Ko - RM75
                     Klinik Penawar - RM50

Terima kasih :)

Friday, July 4, 2014

Kenduri Kahwin Paksu

Assalamualaikum...

Pada 8 Jun yang lepas kitorang pakat ramai-ramai balik kampung kat Jengka 16, Pahang untuk meraikan perkahwinan Paksu aku.
Paksu aku ni sebenarnya merupakan anak arwah atok aku hasil dari perkahwinan ke-2 nya. Tapi opah aku dah anggap dia macam anak sendiri walaupun paksu hanyalah anak tiri opah.. Sebab itu dia beria-ia suruh kitorang balik. baik opah aku kan? :p

2 pasangan pengantin. Paksu yang belah kiri 
Jadi bergerak lah kitorang beramai-ramai ke rumah opah. Abah dan Mama bersama 2 adik perempuanku dari Selancar, Pahang. Abang Long pulak dari putrajaya, manakala aku bersama hero kesayanganku dari Kuantan.. Itu baru keluarga kecik Pak Ipin, belum lagi keluarga mak-mak sedara aku dan sedara mara opah yang lain. Memang meriahlah rumah opah pada hari tersebut.

Sementara menunggu Paksu bersiap, kitorang pun syok sendiri ber'selfie' bagai..
Nah, saksikan aksi kitorang yang bajet comel..kahkahkah...



monopod baru beli weyh,apalagiii jom sefie! :p






opahku disitu.. tersangat feminin ;)

Terima kasih.. ;)

Thursday, July 3, 2014

Berbuka apa korang harini?

Assalamualaikum & selamat petang...

Mesti korang tengah sibuk buat persiapan untuk berbuka harini kan? Korang masak apa-apa yang istimewa ke harini? Ntah-ntah makanan istimewa di bazar ramadhan kannn..hehe..
Padahalnya aku ni ha yang beli makanan berbuka kat bazar ramadhan je.. Bukannye malas masak,tapi tak sempat laa..

Balik kerja pergi beli barang kelengkapan rumah sikit kat Nirwana. Pastu sekarang ni aku tengah menunggu hero kesayangan pegi amik ubat mak mertua pula sebab esok nak hantar kat dia kat Pekan,Pahang.

Ok la, hero kesayangan dah datang..

Selamat berbuka puasa uolz.. :))

Wednesday, July 2, 2014

Salam Ramadhan

Assalamualaikum...
Salam Ramadhan untuk hari yang ke-3..
Fuhhh,,lama giler aku tinggalkan blog aku ni. Hampir 1 tahun kot.. Almaklumlah, alwayz busy dengan kerja-kerja seharian sampai tak berkesempatan nak berbelog..
Sekarang aku dah tukar kerja di Ikip Advance Skills Centre (IASC), Kuantan.. Aku start kerja kat sini pada 10hb Februari yang lalu, jadi hampir 5 bulan aku berkhidmat di sini..
Overall kehidupan aku seperti biasa je. Tiada apa yang best pun.. Aku masih berdua bersama Hero Kesayangan dan aku juga masih berTTC..never give up at all.. Papepun berserah pada Maha Pencipta..
Ok lah,cukup la ye.. Free nanti aku update lagi.. Peace!

model IASC ;)