Sunday, June 2, 2013

<3 VANILA COKLAT <3

Assalamulaikum w.b.t..

Yea yeayyy!!aku dah dapat kucing..kacukan kucing siam dan kucing kampung.. Sekian lama mencari,akhirnya ketemu jua. Nasib baik aku beritahu adik aku Umi..dia la y cakap ada anak kucing kat kolej tempat dia study..

Actually anak kucing tu warden asrama dia yang punya. Kucing dia dah terlalu banyak dan nak bagi kat sesiapa sahaja yang nak.
Memang umpama orang mengantuk disorongkan bantal la. Tambah berlengah,tak tunggu dah ari weekend, malam ari Jumaat (24/5/2013) aku meengajak Hubby pergi amik kucing..
2 ekor kucing telah kami ambil..
Mereka diberi nama VANILA & COKLAT <3<3<3

Friday, April 5, 2013

BGRC-FINANCE ONLY~ [MARCH]~PART1

Assalamualaikum w.b.t.

Bulan Mar'13 aritu penuh dengan sesi bergambar di ofis =)
Pada 13.03.13 (Rabu) kat ofis kitorang telah mengadakan satu farewell untuk staff y akan meninggalkan kami dan mengubah haluan masing2..bila kah agaknya aku akan mengikut jejak langkah mereka ye..ermmm..termenung sebentar..

Farewell pada hari ini adalah untuk Hafidz dan Kak Farah..mereka berdua bahagian income audit. Hafidz resign sebab dia dapat kerja gomen..untungnye lahai..Kak Farah pulak berpindah ke Pekan, Pahang kerana suami dan anaknya berada di sana..Lebih2 lagi anak Kak Farah sudah mula bersekolah, jadi lebih senang dia berpindah ke sana kannn..hurmm..

Ok lah, tngok lah gambar2 ini ya.

Mekasih kerana sudi menjengah ;)

en mizi y pura2 busy =)

kek ini sungguh sedap..secret recipe,memang larh..tngok aje harga nye ^^

kak farah & hafidz

potong jgn x potong :))
mata semua sepet tahan silau matahari =)
budget comeyla tu di depan sekali ^_^

comeykan si kecik bertudung biru tu..kalau ada anak lelaki,dah lama buat menantu  (pdhl anak pun belum ada :p)




Monday, March 25, 2013

hari bahagia INA & EPUL (09.03.13)

Assalamualaikum w.b.t.

Hari Jumaat lepas, 8hb Mac 2013, aku dan incik suami telah bertolak ke Sungkai, Perak untuk menghadiri majlis perkahwinan kawan aku. Ina ni merupakan ex-officemate aku masa aku bekerja kat Little Taiwan dulu. Even kitorang dah x satu tempat kerja,tapi kitorang still keep in touch.
Masa aku kawen aritu pun dia ada datang, jadi aku datang la pulak masa dia kawen. Org buat baik kita kena lah balas baik..xgitu kan kan kan??.. xde kena mngena pun..hehe

my peveret kaler ;)

Dia nikah dan sanding pada hari yang sama iaitu pada hari Sabtu, 9 Mac, tapi aku dan suami dah ter'excited' lebih pergi sehari awal.
Amik peluang for 2nd honeymoon.konon2nye lah..xixi..lagipun aku ngn suami dah ambil cuti direct dari Jumaat sampai Ahad.

Ari Jumaat tu kitorang bermalam di Bidor. Nama hotel tu ialah Loong Fatt Hotel. Jenuh jugak la kitorang mencari hotel memandangkan di Sungkai tiada hotel 5star mahupun bajet hotel. Ceh,konon nak duduk 5star lah sangat ko nih. Bajet pun kurengg.haha..
Hotel yang kitorang duduk tu not bad la. Hotel baru bukak..Jadi dalam bilik tu serba serbi baru.

laki aku posing sakan,sblm check out
Kalau korang nak tahu, nama ayah aku, ina dan suaminya sama iaitu ARIFIN..yang berbeza nya ayah ina ada dua 'F'. Kebetulan kan? Korang jangan fikir yang ina berkahwin ngan abang dia plak. Walaupun nama ayah sama, tapi orang yang berbeza.. Di sebabkan kebetulan ini, kitorang telah menubuhkan satu kumpulan iaitu kumpulan anak2 ARIFIN..haha..



Tuesday, March 12, 2013

MAKE UP BY FAZLEEN MANJER TOUCH

Assalamualaikum..

Make up masa majlis sanding haritu ramai yang puji sebab muka naik seri pengantin. Ramai yang bertanya siapa juru make up aku. So di sini aku ingin menulis entry pasal juru makeup aku.. (xdapat komisen pun ea =))

Masa sanding aritu aku di makeup kan oleh Kak Fazleen Manjer
di awal makeup ;)

Sebelum aku nak kawen lagi aku dah tercari2 juru make up yang akan make up kan aku di hari kahwin aku nanti. Belum bertunang lagi aku dah tanya pak cik google.. terlebih semangat kau!
Mana tak nya. Aku risau kalau2 muka aku jadi hantu cina masa kahwin nanti. Tak ke laki aku y lari dulu. Haha.. Almaklumlah, disebabkan muka aku y ter'lebih' cantik ni dan dengan kawah2 nya yang banyak mengalahkan bulan di angkasa, terpaksa lah aku cerewet dan ambil perhatian lebih bab2 make up ni.. =)


Dok mencari2 tu, akhirnya pak cik google telah menemukan aku dengan tuan empunya facebook Fazleen Manjer. Aku add dia as friend dan bermula lah sesi interview aku dengan beliau. hehe... biasa la beb.kena tnye bajet.hihik

Aku memang sangat berpuas hati dengan make up sanding tu, walaupun masa yang sangat singkat untuk make up sebab majlis khatam Al-Quran mula lambat. Kak Fazleen start make up aku pun dah hampir pukul 11 pagi. Pukul 12 lebih dah nak siap make up. Kalau sesetengah juru make up ada yang makan masa sampai 2 jam juga untuk make up sahaja.
Memang 'unbelievable' dalam masa sejam lebih tu aku dah siap makeup dan berpakaian pengantin lengkap semua. Makeup memang TERBAEKK la.. ;))


Kak Fazleen ni juga boleh pakai kan samping untuk pengantin lelaki. Terkocoh2 lah dia lepas siapkan aku, pergi pulak menyiapkan pengantin lelaki. Memang berterima kasih sangat2 kat Kak Fazleen.. Aku bayar hanya harga untuk make up aku, tapi dia boleh bertoleransi untuk menyiapkan pengantin lelaki juga.. Love u so much lah kak! =)

Sesiapa yang nak berkahwin dan rasa takut2 muka korang macam hantu cina tu, korang ambil lah kak fazleen sebagai juru make up korang. Pasti korang rasa sangat berpuas hati dengan hasilnya. Untuk pengetahuan, kak Fazleen juga merupakan juru make up artis =)





Contoh yang lain blh tngok di sini

thanks sudi bace ;)

Friday, February 22, 2013

Kesinambungan kebosanan tahap melampau

Semalam,elok je lpas aku post entry y aku bosan tu aku g ler basuh beras.kekonon nk masak nasi la..pkul 10 mlm giler ape bru nk msk.aku peduli hape.perut aku dah lapau giler.menjerit2..ntah ape y ade dalam perut aku tu pun aku tak tau..ada baby kut.xixixi..hah,berangan jelah kau mak cik!

dok aku khusyuk membasuh beras,meneliti,mbuang kutu2 beras..(kot yela ada tertinggal aku xnampak kan :p)..tetibe,,,,pap! blackout!!terpaku aku sbntar dgn keadaan y gelap gelita..time ni tbayang la mcm2 cerita2 seram y menjadi kegemaran aku dulu. Keluar satu persatu kt bola mata aku.mcm tgok wayang kt ecm lak..dah la mlm ni mlm jumaat.aku sorang plak tu..jeng jeng jenggg..



bagaikn baru tersedar dari mimpi,aku terfikir tochlight..makk,mane ade torchlight.lilin pun xde..aku teringat hfon aku letak kat depan tv. meraba la aku dlm gelap tu..time ni aku terfikir,beginilah rupanya keadaan orang y cacat penglihatan..Subhanallah..sblm ni aku sering merungut aku tidak secantik kawan2ku y lain kerana kulitku y gelap..sepatutnya aku bersyukur kerana aku dilahirkan di atas dunia ini dengan begitu cukup sifatnya..Alhamdulillah..

Dalam kegelapan tu akhirnya aku bjaya mendapatkan hfon aku. Nasib baik hfon lama ku ini ada torchlight. Bguna juga hfon ni wpun tiada apps android n wifi..huhu..

Aku suluh di luar kawasan perumahan hostel aku.memang gelap gelita..
Bagaikan mengetahui apa y aku sedang alami (perh,ayat blh wat novel ;p), hubby ku telefon. Aku beritahu dia y rumah aku blackout. Mungkin dia dengar suara aku y menggigil tu,dia suruh aku balik ke kuantan.

Lepas,letak panggilan telefon,aku terus mengambil beg, sarung tdung, dan terus start enjin kereta. Beras y tak jadi nak masak td aku terpaksa buang. Rasa bsalah pula. Kalau bagi kat Ghaza ni, tentu mereka brsyukur. Tapi apakan daya aku. Kt hostel aku ni tiada peti ais. Kalau aku simpan pun, pasti rosak dan berulat..maafkan aku,beras..huhu ;(

Smpai kat kuantan pkul 11.30 malam..hubby aku dah tunggu di depan rumah. Dia juga belikan aku nasi putih dan tomyam ayam..Terima kasih abang ;))

Makanlah aku dengan bseleranya (macam seminggu tak makan ;p), lepas tu tidur dalam kekenyangan..huaaa gemokkk!!!

Sekianlah al kisah cerita seram aku y tak berapa nak seram..xixixi..

Thankz kepada sesiapa yang tetiba terbaca entry ni secara tak sengaja =)

Thursday, February 21, 2013

Kebosanan tahap melampau

selamat malam semua..waduh2,mlm ni tahap kebosanan aku y sgt melampau.dah tahap bosan dewa ke beratus ribu dah..mak aih,perumpamaan xagak2..xixi..

kiutnyer baby nih..agak2 anak aku comey mcm ni x =)

arini tpaksa blik hostel sbb hubby kesayanganku kerja petang balik malam..lgpun pjalanan gambang-kuantan bknnye dkat mbak.wpun xmakan smpai sehari,tp cam rugi minyak kereta je..kesian lah my black-visagi nanti..berkiranya haku..yelahh,ujung2 bln mcm ni tpaksala mak berkira nok..

mlm2 ni dok sensorang lapau la plak.teringin nk makan nasi panas lauk smbal ikan bilis.melampau kau nok,tgh2 mlm ni dah pkul 10 lbh dah.kang gemok,kau jgak y bising..haishh..

Ape lah y aku dok mencarut malam2 buta ni.ish3(smbil mgeleng2kn kepala)..ok la,bosan,nak tdo!adios..


Selamat malam semua..semoga semuanye bmimpi indah2 belaka..cewahh..xixixi..

Tuesday, February 19, 2013

Headache~

Assalamualaikum w.b.t..

Sejak akhir2 ni kepala aku selalu je sakit..xtahu la kenapa..lepas makan ubat,baik la sekejap,lepas tu sakit semula..rasa takut pulak bila fikir macam2 kemungkinan..nak g jumpa doktor rasa takut pulak..
Pastu kenkadang tu rasa loya2 je tekak, perut pun sama asyik lapar je. Makan pagi pkul 9, pukul 10 lebih dah lapar semula.. mengandungkah aku?? memang aku ngan hubby mengharapkannya, tapi selepas last month aku ingatkan mengandung, tapi rupanya tak, rasa kecewa sangat.. Jadi bulan ni taknak letakkan apa2 harapan pun. tapi dalam masa yang sama, aku berdoa kepada Allah S.W.T. supaya kami dikurniakan zuriat tanda cinta hati aku dan suamiku..

Sebetulnya sakit kepala ni sedikit sebanyak menganggu juga aku punya kerja. Yelah, klu sakit ,siapa pun xblh fokus buat kerja..

baby comel ni pun sakit kepala jugak ke? =p


Nak kata di sebabkan aku ni selesema, xkan la efectnye sampai nak seminggu dah still sakit kepala lagi?..
Sakit kepala ni sekejap die datang,sekejap hilang.. dah mcm chipsmore la pulak ;p

Tengoklah, kalau sakit kepala ni still tak hilang jugak sampai esok, lusa terpaksalah aku dalam keterpaksaan memaksa hubby membawa aku berjumpa doktor. Mintak dijauhkan segala kemungkinan yang tidak elok..

p/s: semoga aku dan suami di murahkan rezeki oleh-Nya..amin...

Friday, February 1, 2013

Jalan2 di Cameron Highlands \(^_^)/

Assalamualaikum..

Selepas majlis perkahwinan aritu aku dan suami telah makan angin di Cameron Highlands. Orang akan cakap ini ialah honeymoon, tapi aku lebih senang cakap berjalan-jalan sambil makan angin, lepaskan penat time majlis haritu. Yelah, masa kenduri haritu aku betul2 penat sampaikan tido pun tak cukup. Nasib baik makeup berjaya sembunyikan mata aku y sembab tu, kalau tak memang macam mata panda la aku ni =)




Aku dan suami bertolak dari rumah pada hari Selasa (15 Jan 2013) , pukul 9 pagi. Akceli hari Isnin tu kitorang dah berusaha keras dari pagi sampai ke petang mengemas rumah, menyusun periuk belanga y di gunakan masa kenduri haritu semata2 sebab kitorang dah plan pergi bercuti pada hari Selasa. Memang kesian kat suamiku yang bertungkus lumus memberus periuk dan kawah yang gaban punya besarnya, sampai rosak dan luka2 tangan dia..(kena buli ngan bapak mertua ;p)..aku just menolong mama susun pingan mangkuk kat dalam rumah aje..hehe..


Sebelum bertolak, kitorang berhenti sarapan kat kedai kelate di Taman Yayasan. Tu dah merangkap BRUNCH (breakfast + lunch).hehe..

Sebenarnya, aku mahupun suami tak tahu jalan nak ke Cameron Highlands tu. Siap telefon abah dan along nak tanya jalan. Last2, aku ambil keputusan menggunakan PAPAGO yang ada kat handfonku y tak berapa nak canggih tu.hehe. Mmg bernasib baiklah boleh guna. Yela, dari 1st day beli handfon, xpernah guna pun menda alah tu. Nasib baek aku terrer mengodey-godey(bahasa apentah) PAPAGO tu..haha..
Kami ikut Simpang Pulai, sebab masa berhenti isi minyak kat Tapah, My Hubby tanya kat sorang uncle india yang berhenti kat situ. Dia cakap lebih elok ikut dari Simpang Pulai, sebab jalan sana lebih elok dan tak terlalu bengkang-bengkok..
Kami sampai di Cameron dah petang sangat dah dan terus cari hotel untuk check-in. Kami menginap di Flora De Cottage. Harga bilik dia ok la, tak terlalu mahal dan sesuai untuk percutian kami yang main redah je, tak booking dulu ;p.. Bilik untuk katil queen bed, RM50/mlm (tanpa tingkap) dan RM60/mlm (ada tingkap).. Kami ambil bilik yang ada tingkap sebab boleh tengok environment luar ;)
 
dah sejuk,mkn lagi aiskrim =))

Kami di sana selama 3 hari 2 malam. Memang enjoy la kat sana.. Kami sempat pergi ladang strawberi, ladang teh dan lain2 tempat lagi la. Kami bawa balik sedikit buah tangan untuk family. Antaranya jeruk jambu batu, buah strawberry dan teh =)




Masa on the way balik,ktorang ikut Tapah sebab nak singgah kat air terjun Lata Iskandar. Memang betul kata uncle India tu. Jalannye teruk ngn lori yang banyaknye..Pening kepala aku.. Suami aku tu la yang teringin sangat nak pergi sana. Tu pun dia teringin nak mandi kat sana, tapi aku tak bagi.hehe..kesiannye wahai suamiku.. Takpe2, nanti kita mandi kat waterpark Bukit Gambang ye..haha (^_^)..









Wednesday, January 30, 2013

Our Happy Day 12.01.13 & 13.01.13

Assalamualaikum..

Walaupun dah  lebih 2 minggu, baru harini aku berkesempatan buat entry ini..
Alhamdulillah setelah sekian lamanya aku hidup membujang, akhirnya aku telah di ijabkabulkan dengan pasangan pilihan ku sendiri.. Akceli dulu pernah jugak mendapat tentangan dari abah aku, maybe masa tu aku belum habis belajar kot.. (kecik2 dah gatai nak bercinta. Itula diaa..hehe)

makeup by mak ngah aku =)
Aku dinikahkan selepas Asar pasa hari Sabtu, 12 January 2013. Dengan 2 kali lafaz..(hubby ku cakap dia tak nervous pun, tp tangan tok kadi tu yang menggigil. Sampai dia pun terikut menggigil.. Akceli, tok kadi tu pun baru je dapat pangkat tok kadi. Mungkin dia pun nervous jugak kot..hehe) Akhirnya, aku sah menjadi isteri kepada Muhammad Faris bin Bakri..Alhamdulillah setelah hampir 7 tahun kami berkawan. ternyata jodoh kami kuat..Alhamdulillah,syukur yang tidak terhingga..

Untuk pengetahuan semua, juru make up aku berbeza. Majlis nikah aku di make up kan oleh mak ngah aku (adik mama). Majlis malam berinai (baju songket purple) di make up oleh Cik Ma dan majlis sandingku di make up oleh kak Fazleen Manjer.

Terima kasih yang tak terhingga kepada kawan2 yang sanggup datang dari jauh. Gembira sangat2 bila kawan2 kita turut datang meraikan sekali hari bahagia kita kan. Terharu..Rasa nak nanges jap..isk..isk..isk..ter'emo' lak tetibe ;p

Ok lah, enjoy the pic ya ^_^


with my family =)
make up by Cik Ma Kalesum
make up by Fazleen Manjer
edited by my ex-housemate, kak Ayue Omar ;))



fotography by cikgu Sulaiman Ahmad






#p/s:  3 majlis = 3 individu yang berbeza =))