Thursday, November 15, 2012

Dato' Siti Nurhaliza di Bukit Gambang Resort City

Assalamualaikum w.b.t.

Pada entri yang lalu aku ada bercerita mengenai Dato Siti Nurhaliza yang akan mengadakan konsertnya di Bukit Gambang Resort City, Kuantan, Pahang.. Tapi yang sedihya aku tak dapat bergambar dengan dia.. Aku sempat tngok dari jauh je dia makan kt coffee house.. Tapi xpela,atleast aku pernah berjumpa dia depan mata, siap berborak dan dia siap pegang lg tngn aku tue..hehe..korang mesti pelik yang teramat sangat kan?hehe..
Sebenarnya aku berjumpa dengan dia kat Sunway Pyramid.. Aku pergi sana kononnya nak jenjalan je ngn Mr Tunang (masa tu kitorang belum bertunang lagi ;p) Dok tengah jenjalan tu (sebenarnya kitorang sesat jugak la dalam sunway yang besar tu.kihkihkih), tetiba nampak ramai je orang kat Watson. Aku cakap la kat Mr Tunang "Ade papa y best ke kt Watson ni. Sampai orang ramai giler:". Pastu Mr Tunang cakap ada Siti Nurhaliza..aku pun pe lagi..Selit2 tengah orang ramai. Sebelum tu mintak dulu kt Mr Tunang nak pinjam handphone dia sebab nak ambil gambar Ct. Dari belakang aku cikit2 ke depan,last2 aku dok sebelah Ct. Amekaw beraninye aku masa tu.. Nak bergambar ngan Ct punya pasal..haha.. Rupa2nya dia tgh wat promosi produk kecantikan dia iaitu "Simplysiti".

Time tu la semuanya bermula.(ceh,ayat tak boleh bla ;p) Dok aku tengah menunggu sementara Ct ambil gambar dengan orang lain, tetiba fotografer Ct panggil Ct dan suruh buat demo kat aku. Masa tu Ct buat demo kat aku pasal dia punya Compact Powder. Ct jadi ala-ala promoter gitu, sambil sapukan bedak tu di tangan aku kononnya nak cari kesesuaian kaler compact powder tu dengan kulit aku la. Muka aku rilek je borak2 ngan Ct tu, tp hanya aku dan Allah je yang tahu betapa menggigilnya kepala lutut aku..haha..

Lepas tu, percaya atau tidak, gambar aku terpampang dalam surat khabar Berita Harian. Tu pun membe aku dan abang aku yang cakap. Kalau tak aku tak tahu pun gambar tu di masukkan dalam akhbar .Korang mesti ingat aku tipu kan..Sebenarnya aku ada simpan keratan akhbar tu, yela,first time masuk paper, dengan penyanyi nombor satu Malaysia pulak tu, sapa yang tak bangga riak plus jakun mcm aku nih..haha..Tapi malangnya keratan surat khabar tu kat rumah abah n mama aku..kalau aku balik kampung nanti aku cari ea. Nanti aku masukkan dalam page aku ni sebagai bukti. (nanti korang cakap aku tipu lak. :p) Hopefully xde la y jeles n buang keratan akhbar tu..yela,adik aku y sorg tuh,kenkadang jeles sikit ngn kakaknye y comey nih.haha ferrassan..

Di bawah ni ada beberapa keping gambar. Sorry gambar tak clear sangat. biasa la time ni tak jangka jumpa ct..  Tak bawa kamera pun. Just pakai handfon cikai je. Tu pun pinjam Mr Tunang punya.. =))

p/s: Dato' Siti Nurhaliza memang low profile dan sangat baik. Masa dia bercakap dengan aku dia hanya bahasakan dirinya sebagai kak siti, walaupun masa tu dia sudah dapat pangkat "Dato' ". Dan lagi satu kalau korang tengok gambar yang ke-4 di bawah ni, dia yang snap gambar tu dengan menggunakan handfon Mr Tunang la. Dia siap tanya lagi nak tekan mana..Memang terbaekk la kak Siti!

dari jauh aku datang


makin dekat =)

tara! xclear sbb tangan aku gigil. ;p

Kak Siti yang snap pic ni ;)


cantiknya dia ;))


dapat bergambar dengan poster pun jadi la =))