Wednesday, January 30, 2013

Our Happy Day 12.01.13 & 13.01.13

Assalamualaikum..

Walaupun dah  lebih 2 minggu, baru harini aku berkesempatan buat entry ini..
Alhamdulillah setelah sekian lamanya aku hidup membujang, akhirnya aku telah di ijabkabulkan dengan pasangan pilihan ku sendiri.. Akceli dulu pernah jugak mendapat tentangan dari abah aku, maybe masa tu aku belum habis belajar kot.. (kecik2 dah gatai nak bercinta. Itula diaa..hehe)

makeup by mak ngah aku =)
Aku dinikahkan selepas Asar pasa hari Sabtu, 12 January 2013. Dengan 2 kali lafaz..(hubby ku cakap dia tak nervous pun, tp tangan tok kadi tu yang menggigil. Sampai dia pun terikut menggigil.. Akceli, tok kadi tu pun baru je dapat pangkat tok kadi. Mungkin dia pun nervous jugak kot..hehe) Akhirnya, aku sah menjadi isteri kepada Muhammad Faris bin Bakri..Alhamdulillah setelah hampir 7 tahun kami berkawan. ternyata jodoh kami kuat..Alhamdulillah,syukur yang tidak terhingga..

Untuk pengetahuan semua, juru make up aku berbeza. Majlis nikah aku di make up kan oleh mak ngah aku (adik mama). Majlis malam berinai (baju songket purple) di make up oleh Cik Ma dan majlis sandingku di make up oleh kak Fazleen Manjer.

Terima kasih yang tak terhingga kepada kawan2 yang sanggup datang dari jauh. Gembira sangat2 bila kawan2 kita turut datang meraikan sekali hari bahagia kita kan. Terharu..Rasa nak nanges jap..isk..isk..isk..ter'emo' lak tetibe ;p

Ok lah, enjoy the pic ya ^_^


with my family =)
make up by Cik Ma Kalesum
make up by Fazleen Manjer
edited by my ex-housemate, kak Ayue Omar ;))



fotography by cikgu Sulaiman Ahmad






#p/s:  3 majlis = 3 individu yang berbeza =))