Monday, October 29, 2012

HARI RAYA AIDILADHA 2012

Assalamualaikum w.b.t.

Nak wat short entry je arini sebab nak buat kerja yang berlambak2 lepas cuti selama 4 hari..xpuasnyaa bercuti..uwwaaaa..
Hari raya qurban tahun ni xde mood sangat sebab abah tak dapat cuti raya. Jadi balik la kami 5 beranak ke rumah opah yang terletak di Felda Jengka 16, Pahang. Orang pagi2 raya sibuk memasak itu ini untuk juadah di pagi raya, tapi mama aku hanya masak bihun goreng dan yang paling best nya ialah ubi ketuk.kihkihkih..terbaek sihhh..adik bongsu aku yang merengek2 nak makan ubi ketuk yang di buat oleh mama lepas dia nampak aku bawa balik ubi kayu yang mak En. Tunang bagi..
Sebenarnya mama nak buat bihun sup, tapi malam raya tu kitorang dah perabih makan sup tu dengan nasi. Pastu terpaksa la mama buat bihun goreng je..haha....

p/s: Ubi ketuk mama memang superb!!

mama with adikku,fatin

kat rumah nenek sarah

adikku,umi

control ayu lak^^



Wednesday, October 24, 2012

HARI KEPUTERAAN SULTAN PAHANG

Assalamualaikum w.b.t.

Hari ini (Rabu) merupakan hari Keputeraan Sultan Pahang..Memandangkan aku bekerja di Gambang, Pahang, aku sepatutnya bercuti hari ni, tapi aku tak cuti pun.huhu.. Korang mesti tertanya2 kan, ape ke sengal aku ni. Orang lain mesti dah melompat2 kegembiraan klu dapat cuti. Aku je y pelik.hehe..
Sebenarnya aku tak cuti hari ni sebab aku nak bercuti hari esok, Khamis. Maksudnye aku tarik cuti PH dan tukar kepada hari lain. Alah, yang macam omputih kata "Replacement Off Day (ROD)". Walaupun, harini bukan offday aku, tapi aku tukar jadi "Replacement Public Holiday" la..hehe..

konon2 busy la tu. padahalnye on9.kihkihkih

Hari Jumaat (26 October 2012), kita semua akan menyambut perayaan Hari Raya AidilAdha, jadi bolehla aku bercuti panjang. (macam la panjang sangat, baru 4 hari,tu pun nak kecoh.weee..^^)
Nasib baik time kerja aku ni flexible. Boleh wat  ROD, kalau tak alamatnya gaji aku di potong oleh HR, sebab aku tak ada Annual Leave (AL).. Orang yang tak confirm jadi staff macam aku ni, mana la ada AL. Kena tunggu sampai 3 bulan kerja baru confirm.. Lagi sebulan. Tak sabar nak tunggu saat tu..ngeh..ngeh..ngeh..

K la, nak buat kerja dah. Mengular layan Blog je..makan gaji buta ke?tak baik..harrrammm..ish3..hehe..
Di kesempatan ni aku ingin mengucapkan Selamat Hari Raya AidilAdha kepada semua umat Islam di muka bumi Allah ni. Maaf zahir & batin. Kepada yang drive sendiri balik kampung, memandulah dengan berhemah. Ingatlah orang yang tersayang.Wassalam..

p/s: Petang ni nak drive balik kampung dengan adik kesayanganku..YEHUUUU!!! Doakan kami ye. Semoga kami selamat sampai, pergi dan balik..aminnn

Saturday, October 20, 2012

SHILA HAMZAH DI BUKIT GAMBANG

Assalamualaikum w.b.t

dah macam budak sekolah pun ade^^
Pada 7 October 2012 (Ahad) lepas, aku dengan ofismate telah menjadi mangsa kerahan tenaga (zalimnye ayat aku..hehe) kerana di suruh menjadi PIC (personal incharge) cum waitress untuk serve guest sempena "Upacara Jamuan Makan Malam & Angkat Sumpah Gabungan Persatuan Cina Malaysia". Tapi sepatutnya PIC kena monitor je anak2 buah buat kerja, tapi tak sampai hati lak nak biarkan dorang je ke hulu ke hilir angkat pinggan mangkuk dan ‘clear’kan pinggan mangkuk yang banyak dan berat tu, aku pun tolong la jugak dorang. So, jadi la jugak aku waitress..huhu.. Memang penat giler la dan sakit giler kaki sebab berdiri je. Tapi sejujurnya, best la jugak sebab aku dapat belajar cara-cara nak serve tetamu in hotel stye. Lepas tu, Chinese Food ni plak, kita kena angkat satu2 lauk dan biarkan meraka habiskan makanan sebelum hidangkan pulak makanan lain. Malam tu kami kena hidangkan sampai 8 jenis hidangan. Rasanya tak perlu la aku senaraikan nama hidangan tu. (eleh,,padahal ko tak ingat dah nama makanan tu kan. Ayat kasi lapik punyerrr..kahkahkah)

Lagi satu, yang paling bestnye aku dapat jumpa Shila Hamzah. Cun siott.. Muka licin giler. Jeles mak,nyah.. ;p
Dia okey dan tak sombong even she are the winner of Asian Wave 2012 di Shanghai, China baru-baru ni. Dapat jugak la aku bergambar dengan dia. Tupun nasib baik sempat mencelah masuk masa kawan2 aku tengah nak snap picture dengan dia.
Tetamu Kehormat dalam ‘dinner’ ni ialah Perdana Menteri Malaysia, Dato' Sri Haji Mohammad Najib bin Tun Haji Abdul Razak, tapi tak sempat la aku bergambar dengan beliau.hehe..

Apa-apa pun, walaupun penat dan mula2 rasa macam aku dipaksa, tapi ini adalah pengalaman yang best dan menambahkan ilmu baru kepada diriku iaitu how to serve guest in hotel with Chinese Food Course.

p/s: Lepas ni Datuk Siti Nurhaliza pulak nak datang buat konsert kat Bukit Gambang Resort City ni. Nantikan samada aku dapat bergambar dengan dia atau pun tidak.. Tungguu....
<semua artis kalau boleh nak bergambar..ish3..hihi>

Di bawah ni ada, beberapa gambar hasil posing kami ^_^

dengan Shila Hamzah ;)



time rehearsal

akmar HR


gemoknye aku!!


Thursday, October 18, 2012

PERINGATAN UNTUK PARA SUAMI

KITA BACA UNTUK INGATAN BERSAMA .... TAK KIRALAH SUAMI ATAU ISTERI OK ? (tapi motif sebenarnya untuk my Mr. Tunang.kihkihkih)

Oleh - Dr. Fadhilah Kamsah

1. Selalu menghargai usaha dan penat-lelah isteri, terutama isteri
yang bekerja dan sama-sama terpaksa menanggung hutang suami .

2. Bila isteri bercakap, pandanglah mukanya dan buka telinga
luas-luas. Biar apa yang dikatakannya masuk telinga kanan dan
tersumbat di telinga kiri. Sambil tu otak suami kenalah memproses
informasi yang diterima daripada isteri dengan bijak serta prihatin.

3. Jangan sekali-kali membandingkan masakan isteri atau cara
isteri menghias rumah dengan mak anda kecuali masakan/cara menghias isteri anda lebih baik dan canggih dari emak anda.

4. Jangan demand sex sekiranya isteri tak ada mood atau letih.
Agama suruh kahwin bukan semata-mata untuk penuhi nafsu syahwat saja. I thought wives are only supposed to provide that service, bukannya jaga anak, masak, mencuci dan sebagainya!

5. Kalau pasangan dah ada anak, sama-samalah menjaga anak . Benih dari awak juga. Ada suami, isteri sedang makan disuruh cebok kencing n berak anak sedangkan suami duduk tersandar kekenyangan macam maharaja.

6. Jangan sekali-kali duduk tersandar depan TV atau relax-relax
sedangkan isteri bila balik dari kerja, buka saja kasut terus masuk
dapur, memasak, mengemas, membasuh, kejar anak dsbnya. Berbulu mata dan sayu hati isteri bila kami tak cukup tangan nak menguruskan rumahtangga sedangkan suami lepas tangan.

7. Sekiranya suami makan dahulu, tinggalkan sedikit lauk utk
isteri. Jangan bedal semua sampai turn isteri yang tinggal cuma
ekor ikan sekerat, janggut sotong dan ekor taugeh. Frust, tau tak!

8. Kalau nak ajak member bertandang ke rumah, beritau isteri dulu ,
kalau boleh sehari-dua in advance. Jadi bolehlah dia memasak yang
best-best dan mengemas rumah cantik-cantik. Bayangkan perasaan isteri kalau tetamu datang terpacak sedangkan kain-baju masih berlonggok belum sempat dilipat, permainan anak masih berselerak dan isteri cuma masak mi maggi saja (bukan soal malas masak tapi nak tolong jimatkan perbelanjaan keluarga)

9. Jangan sekali-kali menyakat isteri tentang saiz badannya yang
semakin sihat atau semakin melidi.
Isteri punya hati dan perasaan. Bukan kehendak dia untuk jadi begitu. (Cuba kalau dia tak kawin dengan awak tentunya badan dia slim melim yerk. Tengok body sendiri dalam cermin dulu. Hehe)

10. Jangan kentut  depan isteri. Masa bercinta dulu kenapa boleh
control kentut? (kitorang ada ke coverr2 tutt ek?ermm..kne rewind my mind back nih ;p)

11. Hormatilah ibu-bapa dan kaum keluarga isteri walaupun anda Cuma main wayang, bodek mereka masa nak mengurat isteri anda dulu. Jangan sesekali mencaci / mengutuk / mengkeji / mengata / buat-buat lawak bodoh  dengan  mereka walaupun secara bergurau.

12. Jangan kedekut dengan isteri serta keperluan rumahtangga. (sesekali tu bagila separuh gaji, boleh isteri pergi shoppingggg!!haha..gelak jahat..)

13. Jagalah maruah anda sebagai suami dan lelaki. Selagi boleh,
jangan bebankan isteri dengan masalah kewangan anda
. Selalunya perempuan ni, semakin suami "degil" tak nak minta pertolongan, selagi itulah dia rela nak tolong.

14. Jangan bersepah dan bersikap pengotor . Dah buka baju, letakkan dalam bakul baju kotor, dah cungkil gigi, buanglah dalam bakul sampah, bila dah guna ubat gigi bubuh balik penutupnya, dah ambil sesuatu barang simpan balik ditempat asal, dah berak flush. Susah sangat ke nak buat macam tu? Semua nak kena ajar ke? (rasanya Mr.Tunang x macam ni kot, sebabnya dia lagila pembersih dari aku nih..hihihi)

15. Rajin-rajinlah bertanya isteri kalau dia perlukan bantuan anda
dengan kerja rumah/menjaga anak. Tapi jangan tanya dua tahun sekali. Jangan tunjuk rajin bila ada tetamu di rumah saja .  

16. Hormatilah isteri anda sebagaimana anda mahu dihormati. Isteri
pun manusia. Allah berikan banyak keistimewaan kepada para isteri tapi diputar-belitkan tafsirannya oleh orang lelaki untuk kepentingan diri sendiri.

17. Jangan main kayu tiga dengan perempuan lain. Main lain lagi tak
boleh. Kalau isteri awak yang buat, tentu awak tak boleh tolerate,
jadi mengapa isteri awak kena tolerate kalau awak buat? (ish..ish..ish..dlm ati jer ;p)

18. Kalau tak menyukai sikap atau perbuatan isteri, tegurlah secara
baik, jangan asyik nak menengking aja.
 Kalau awak sakit nak mati
nanti, siapa yang kena jaga awak? Bai jual roti? Apek jual sayur?
Jiran sebelah rumah awak? (ish..ish..ish..lagi sekali. ;p)

19. Kalau isteri nampak tak sihat, cepat-cepatlah bawa jumpa
doktor. Tunjuklah anda mengambil berat tentang dirinya. Jangan sampai isteri nak mampus pun tak perasan . (ni teruk punya suami nih..)  

20. Berbincanglah dengan isteri sebelum sesuatu keputusan dibuat .  Walaupun suami megah ada kuasa veto, tak jadi bapok kalau pendapat isteri diambil kira. Pokok pangkalnya ialah timbangrasa dan saling menghargai. Cubalah ketepikan ego yang keterlaluan . Bukannya laku bila dah mati nanti.

21. Dalami agama dan bimbinglah anak isteri dengan ikhlas seperti
yang dituntut agama. Ingat, kalau seorang suami masuk syurga, besar kemungkinan isteri pun masuk syurga. Kalau suami masuk neraka belum tentu isteri juga masuk neraka. Kalau isteri masuk neraka, besar kemungkinan suami juga masuk NERAKA tapi kalau isteri masuk syurga belum tentu suami pun masuk syurga.Ini bukan rekaan saya tapi saya dengar dari seorang ustaz.

22. Berusahalah dengan ikhlas untuk mempertahankan keharmonian rumahtangga. Jangan buat apa yang isteri tak suka. Percayalah, kalau
suami buat baik sekali dengan isteri, isteri balas sepuluh kali

23. Jangan buat donno kalau isteri merajuk atau berkecil hati .
Kalau perlu minta maaf, minta maaf, kalau perlu dipujuk, pujuk. Hati
orang pompuan ni sensitif. Kalau kami rasa suami tak ambil kisah,
perasaan bagai dihiris-hiris. Perkara yang dipandang remeh oleh suami boleh menjadi kanser kepada isteri. Kepada para suami khususnya dan kaum lelaki amnya, janganlah dianggap masalah hati dan perasaan orang perempuan ni enteng sahaja.


Allah s.w.t. berfirman

"Dan ketahuilah bahawasanya Allah mengetahui apa yang didalam hatimu,
sebab itu berhati-hatilah dengan Tuhan"



p/s: Kata2 di atas adalah dipetik dari kata2 Dr. Fadhilah Kamsah..Cuma ayat Italic Style je aku punya..hehe

Thursday, October 4, 2012

HIKMAH/BALASAN DI SEBALIK SETIAP PERBUATAN KITA

gambar hiasan

Semalam dompet aku tercicir masa aku kat Maybank, Kuantan. Macamana ntah aku boleh xperasan purse aku tercicir. Lepas deposit duit kat ATM machine, aku terus masuk kete dan ambil la handbag aku kat Mr. Tunang. Sebab masa tu dia yang tolong pegangkan. Then, aku ingatkan purse tu pun kat dia. Aku selongkar2 la handbag aku sebab nak simpan resit bank tadi kat dalam purse.. (aku ni mmg pengumpul resit. Kadang2 resit tahun lepas pun ade lagi dlm purse aku..Bukan saje resit, kertas@pamplet yang org bg mase jalan2 kt supermarket pun aku blh simpan lg. Aku kan pencinta alam.. Sayang klu buang..wakaka..sbb tu la berat giler. “Letak batu ke ape?” Ayat yang aku selalu kena ngn Mr Tunang..aku wat muka ala2 kucing parsi je klu diajukan soklan camtu..haha)

Pastu, aku pun Tanya la Mr. Tunang “Mana purse Sayang?” (jangan jeles ea. Ktorang kan sweeeett..haha..ferasssan..) Korang tau die blh jawab pe? “Mana la Abang tau. Cari la kt dalam beg tu!” Hanginnyerr la aku time tu. Dah la tgh cemas, sbb hati kecik aku dah berkata yang aku tercicir purse aku.. Ya Allah, duit dlm tu dah la bnyk sbb aku bwk kuar abis sume gaji aku sbb nak bayar hutang..(tula mude2 lagi dah bnyk hutang.ish3).. 

Masa dalam kecemasan aku tu, hfon aku berbunyi..(hish,sape lak y tepon time2 aku tgh cemas nih!) Dalam cemas2 tu aku tngok nombor cam  nombor ofis je..09-5121****. Dalam hati berdoa kot2 org tu bgtau dia terjumpa purse aku. Aku pun jawab “Hello”. Dari sana suara perempuan menjawab “Ni cik Noor Afarina ke?” Aku jwb “ Ye saya.ada pape ke?” Dia jawab lg “Saya ni dari ibu pejabat polis Kuantan”. Mak aiii, macam2 dah aku fikir..aku de wat salah ke?aku merompak ke?aku bunuh org ke?aku kena saman pasal wat kesalahan jalan raya ke? Tapi Mr Tunang yang bawak kereta bkn aku!! Mak tolongggg!!!

 Dalam gabra2 tu aku tanya la dia “Kenapa ye?” bajet control lg la tu, tp dalam hati hanya aku dan Allah je yang tau..huhu.. Pastu dia jawab, “Awak ada tercicir pape atau hilang barang ke?”. Aku jawab, “aah, purse saya. Mmg sy tgh cari ni, tp xjumpe xingat letak kt mana?” Dia cakap lg “Ha, awak tau x awak tercicir purse awak kat Maybank Kuantan? Macamana blh tercicir, duit ada banyak dalam purse? Xsayang duit ke? Main buang2 purse..” (amekaw sebijik kena atas kepala..dalam hati,”sape x sayang duit kak oiii? aku dah la bkn dari family y berada”).. Saya jawab “Yeke? Mmg saya pergi Maybank td, tp sy xperasan purse saya terjatuh. Macamana saya boleh ambil semula purse saya?” Dia jawab, pergi semula Maybank, jumpa Fahmi, security kat citu”. Terus aku cakap “Terima kasih ye. Terima kasih bnyk2”.. Dalam hati aku, berkali2 aku ucap “Alhamdulillah”.. yela, dgn duit tu jugak aku nak beli brg cikit2 untuk kenduri kahwin aku..Alhamdullih, nasib baik org yang jujur terjumpa purse aku tu dan pulangkan semula. Mungkin aku tercicir masa aku nak keluar dari kereta. 

Masa kat depan Maybank tu, Mr Tunang park kereta belakang kereta org lain, dan kereta tu pulak tetiba nak kuar. Aku pun kelam kabut keluar kereta dan terus masuk Maybank supaya Mr Tunang boleh bg laluan kt kereta tu untuk keluar. Pada masa yang sama, purse aku yang tgh berada kt atas peha aku turut keluar sekali tanpa aku sedari..Memang aku sengaja tak nak bawak purse dan aku dah keluarkan sejumlah duit yang aku nak depositkan ke dalam bank. Aku ingat aku dah masukkan purse tu kt dalam handbag sblm bg Mr Tunang tolong pegangkan sblm aku keluar. Tp malangnya purse tu still kt atas peha aku. Apa lagi, terjatuh la kt atas jalan. Sbb tgh kelam kabut aku tu, xperasan purse jatuh dari peha masa aku keluar kereta. Pastu, time tu malam, purse aku plak kaler hitam.. (peringatan kepada aku. Jangan kelam kabut sgt bila buat sesuatu!)..

 Aku pun suruh la Mr Tunang patah balik Maybank dan berjumpa dgn abg security tu..Terima kasih bnyk2 abang security sbb duit aku dalam purse tu 1sen pun xilang. Alhamdulillah…

 Kejadian tersebut mengingatkan aku masa aku tgh study kat UiTM Shah Alam dulu. Masa tu aku ngan member baik aku Jijah naik bas Rapid KL nak balik ke kolej (asrama) dari window2 shopping kt PKNS. Aku ngn Jijah perasan ada purse kt satu kerusi kosong. Aku ngn Jijah ape lagi, amik purse tu sbb takut ade org lain y berniat xbaik jmpe dulu purse tu. Aku ngan Jijah selongkar semata2 nak cari nombor fon dia. Tapi nombor dia tak ada, yang ada name card member dia. Aku pun terus kol member dia supaya suruh ambil purse tu balik daripada aku. 

Masa aku sekolah menengah, kejadian yang sama jugak berlaku. Aku terjumpa purse kat padang sekolah. Mmg la dalam purse tu penuh ngan duit syiling je (bdk sekolah kan^^), tp xbaik aku biarkan sbb kad pengenalan ada dan mungkin ada benda penting lain dalam purse tu. Aku selongkar jugak purse bdk tu, dan terjumpa name card dia. (cantik name card dia, berlatarkan bunga2..teringat masa femes buat name card dulu. Letak D.O.B dan falsafah diri..kalah businessman.haha)

 Aku cerita ni pun bukan nak bangga riak ngn sesiapa pun. Tu kan perangai syaitan..Astaghfirullahaladzim…  Aku juz nak berkongsi.. Apabila kita berbuat baik, ada balasan baik yang kita akan terima. Hanya cepat atau lambat je. Mungkin sbb dulu aku pernah tolong pulangkan purse orang dan sekarang time aku pulak. Orang pulangkan purse aku.. Tak tahula ape akan jadi kalau org yang berniat tak baik yang jumpa purse aku.. Yelah,kt dunia ni macam2 jenis manusia pun ada.. Mungkin dia buat parti besar la kot dgn duit dalam purse aku tu.. Apa-apa pun aku bersyukur kepada Allah S.W.T. sbb purse aku jatuh ke tangan orang yang jujur..Alhamdullillah..

 Wallahualam.. (‘’,)